Petua Menangani Medu Angin / Hernia (Uluran)

Assalamualaikum readers...
Hari ni ayu nak bercerita serba sedikit pasal penyakit 'MEDU ANGIN' atau dekat Kelantan lebih famous dengan nama 'ULURAN'. Kalau bahasa sepital plak depa panggil 'HERNIA'. Nanti baca dekat bawah na...



Apa Itu Medu Angin / Hernia / Uluran?
1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.
3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Petua 1: Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.
Petua 2: Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin - Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:
1.    Makanan/Minuman yang Sejuk
  • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
  • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
  • Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2.    Makanan/Minuman Masam (berasid)
  • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
  • Daging kerbau.
3.       Makanan/Minuman Bergas
a.      Durian.
b.     Tapai.
c.      Air botol/tin bergas.
4.     Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
a.      Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b.     Rokok.
5.     Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
a.      Petai, jering dan kerdas.
b.     Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).
AMALAN LAIN YANG PERLU 
  • Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
  • Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
  • Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.

SUPPLEMENT

Umum mengetahui Bawang Putih mempunyai pelbagai khasiat dalam merawat penyakit termasuklah penyakit Hernia  ni... So, di zaman moderan ni agak leceh klau setiap hari nk kene cincang dan tumbuk bawang putih untuk di makan mentah2, dengan bau nye lagi kan? Jadi, dengan kebijaksanaan pakar2, terciptalah satu supplement yg diberi nama Garlic iaitu terdiri daripada ramuan bawang putih sebagai bahan utama.. So, xde lah susah mane, korang just buka penutup dan telan je tablet Garlic tu pagi, tengahari dan malam. InsyaAllah, dengan penggunaan yang konsisten, masalah Hernia tu akan bertambah baik... Ni hah ghupe Garlic tu...




Kat bawah ni plak gambo bawang putih, kot2 la ade yg x kenal kan.. karang ada yang tertukar dengan buah naga plak, uhuk uhuk uhuk....




Begitu lah kisahnya.. pilihan di tangan anda. Sama ada lebih menggemari cara tradisionaley atau moderno.. Apa2 pon, penyakit hernia ni jangan dibuat main, silap2 bleh dapat penyakit yang lebih teruk lagi klau tak dirawat.. 

Untuk sebarang pertanyaan mengenai supllement Garlic atau produk2 Shaklee yang lain, bleh la komen kat bawah, atau dekat kaunter pertanyaan dekat tepi tu.. ataupon leh add ayu dekat pecbook ek...

Wassalam...



5 comments:

merah kasih said...

betul 2, tp sy slalu langgar pantang.. jd sy xpnh nk smbuh2..

Amira said...

Salam, penyakit hernia tiada kaitan langsung dgn angin. Ia disebabkan faktor keturunan, selalu angkat berat, wanita mengandung dll.

Disebabkan ada "weak spot" didinding abdomen, bila selalu ada tekanan pada perut spt angkat berat atau mengandung,maka usus kita akan keluar melalui lubang weak spot kat abdomen. Usus tadi akan turun kebawah menyebabkan testis membengkak bagi lelaki dan membengkak ditepi faraj bagi wanita.

Kanak2 lelaki dan perempuan pun boleh kena hernia disebabkan faktor genetik. Lazim terjadi pada kanak2 lelaki 4: 1 perempuan.

Hernia tak boleh diurut atau tuam kerana sudah terdapat rupture (lubang) di abdomen, dokter akan bedah dan jahit lubang tersebut.

Baby2 yg dituam panas kononnya nak menghindar hernia adalah mitos..tiada effect sebab ia adalah faktor keturunan.

Syam Ju said...

tq so much u..di atas info.

Syam Ju said...

tq so much misz...info yg menarik.update lg ye info2 yg menarik lg ye...

Syam Ju said...

tq u..info terbaikkkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...