Peringatan kepada semua !!!! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu.
Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan!
Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!.
Be extra careful,ladies…Please pass this on to all the entire ladies out there and also men who love their ladies!!!.
Peringatan Untuk kaum Wanita
Seistimewa Manakah Wuduk Itu?
Apa itu Wuduk?
Berwuduk merupakan syarat wajib untuk mendirikan solat yang disebut dengan mengambil wuduk atau dalam bahasa Melayu, mengambil air sembahyang.Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.
Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh kenapa mesti telinga. Banyak rahsia dalam kandungan wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Apa keistimewaan air wuduk?
- Air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Wuduk dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada prestasi saraf pusat yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk.
- Air wuduk dapat mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah
Dengan keistimewaan inilah kenapa Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi.
- Air wuduk dapat melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan baik
Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak-balas untuk bekerja lebih cepat mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai untuk menormalkan suhu tubuh, kerana bertemu suhu panas dalam tubuh dengan air sejuk air wuduk. Samasa itu juga darah mengalir ke kawasan muka, kedua tangan dan tapak kaki dengan sangat lancar.
- Air wuduk dapat menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit.
Ketika aliran darah mengalir ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit, maka kelenjar peluh langsung bekerja menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh dni sekitar kulit.Walau tidak nampak pada pandangan mata, mungkin inilah rahsianya kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali pada setiap anggota wuduk. Kelihatan kulit sekitar wajah dan lain anggota wuduk nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dihindarkan.
- Air wuduk dapat menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah.
Berkumur juga akan menyegarkan. Membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.
Pintu Langit
Wilayah Zhanjiajie, Wilayah Hunan, Cina menyimpan suatu panorama alam yang sangat menakjubkan yang digelar ‘Pintu Langit’.
Ia ialah merupakan sebuah lubang raksasa di atas puncak gunung Tianmen.’Pintu langit’ ini berukuran ketinggian 131.5 meter, selebar 57 meter dan sedalaman 60 meter. Mulut pintu ini menembus puncak gunung, sehingga nampak seperti lubang raksasa yang indah. Kawasan yang dibuka pada tahun 2001 ini, kini mulai dibuka untuk pelancong asing.
Untuk menuju lokasi tersebut ialah menggunakan kereta gantung sejauh 7.3 kilometer yang ditempuh lebih kurang setengah jam perjalanan.
Di perjalanan para pelancong akan melalui deretan pegunungan yang bersalji pada musim sejuk namun sebelumnya, akan melalui perkampungan penduduk dengan hamparan sawah dan kebun yang begitu luas.
Untuk sampai ke lubang Pintu Langit itu juga terpaksa menaiki puluhan ribu anak tangga di lereng-lereng pergunungan yang curam.
Selain itu, masa ini juga sudah selesai dibangunkan jalan raya baru yang mendekati puncak. Namun pada musim sejuk jalan tersebut dilarang untuk dilalui.
10 Fakta Menarik Tentang Otak
1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.
2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.
3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.
4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.
5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.
6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.
7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.
8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.
9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.
10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.
Pengemis Paling Cantik
Pengemis ini cantik dan cute, dia dikatakan mengemis untuk menanggung kos sekolah adiknya.Dia sentiasa menundukkan kepalanya, mungkin malu menjadi pengemis.
Dia pernah menjadi isuhangat di forum-forum internet di Cina. Ini menyebabkan dia menjadi terkenal dan mengundang simpati.
Ada yang memberi komen supaya dia mencari suami yang kaya malah ada suara nakal menyarankan menjadi pelacur.
Barang pelik,unik dan mahal yang dijual di Ebay
Apa itu ebay ?
Ebay adalah laman beli-belah online dunia, sebuah laman tempat bagi pembeli dan penjual berhimpun dan berdagang apa saja. Ebay dilancarkan pada tahun 1995. Ebay pada awalnya sebagai tempat untuk berniaga barang koleksi dan barang yang sukar ditemui. Selepas itu, ebay telah berkembang menjadi pasaraya online tempat kita boleh menemui segalanya, dari mousepad, dvd, pakaian, barang-barang koleksi hingga kereta dan rumah. Jika di Malaysia laman yang seakan ebay yang popular ialah Mudah dan Lelong.
Dengan pendaftaran barang sebanyak lebih dari 103.6 juta di seluruh dunia dan penambahan daftar barang sebanyak 6.1 juta yang dilakukan setiap hari, ebay menawarkan kesempatan yang tidak terhingga bagi semua orang untuk membeli dan menjual di seluruh dunia.
Ramai juga rakyat Malaysia yang menjadi usahawan ebay, hanya bekerja di rumah dan ke pejabat pos untuk menghantar barang. Ada banyak lagi cara untuk meniaga di ebay iaitu teknik dropship yang diperkenalkan oleh Sifu Lan.
Namun begitu selain barang keperluan sehari-hari,barangan antik dan sebagainya ebay juga menawarkan barang-barang yang aneh dan mahal.
Berikut ini adalah 7 (tujuh) benda atau barang-barang aneh, unik dan mahal yang pernah dijual di ebay :
1. Peluru Berpandu Nuklear
Ya, salah satu benda pelik yang dijual di ebay pelancar peluru nuklear. Pemilik pangkalan peluru berpandu antara-benua AS telah menempatkan itu untuk dijual di ebay.
Tanah seluas 57 ekar bekas kompleks Tentera Udara dan 43,000 ruangan kaki persegi “boleh digunakan” dan mempunyai sambungan ke terowong. 90 kaki struktur roket-holding dan mengandungi 2 peluru berpandu juga antara termasuk dalam kawasan tersebut.
Harga yang ditawarkan ialah $US 1.5 juta (£ 750,000)
2. Negara Belgium.
Negara Belgium merupakan salah satu negara yang pernah menjadi salah satu benda yang dijual di ebay. Namun begitu, akhirnya negara tersebut tidak jadi di jual setelah tawaran mencapai 10 juta euro ($ 14 juta). Pengurus Ebay Belgium, Merica Burin, mengatakan, ‘itu adalah salah satu sejarah yang dibuat oleh Belgium. Belgium adalah negara besar untuk dijual dan merupakan salah satu hal yang memalukan dan melucukan’
3.Berlian
Diamond beethoven terbuat dari karbon yang diperoleh dari beberapa helai rambut komposer terkenal , Beethoven. Ini adalah salah satu dari tiga berlian yang diciptakan, namun juga satu-satunya yang akan ditawarkan untuk umum dengan harga satu juta dolar
4. Villa mewah Colani:
Dikenali sebagai Villa Colani kerana diilhamkan oleh designer legenda bernama Luigi Colani. Sebuah kawasan mewah di Pulau Majorcam, Sepanyol yang siap dibina pada tahun 2009.
Lebih dari 1,230 kaki persegi diperbuat dari emas 24 karat. Emas tersebut digunakan di kolam renang dan rumah. Pintu Colani eksklusif, serta pintu dengan lima pintu masuk lainnya, semua dihiasi dengan kristal swarovski asli artistik dimasukkan ke dalam panel, sehingga nampak berkilau baik dari luar dan dalam rumah. Villa colani di dijual seharga $ 28.000.000
5. Isteri
Ini bukan barang tapi orang. Dalam usaha agar dirinya boleh keluar dari kesulitan kewangan, seseorang di Brazil memutuskan untuk menjual isterinya. Dia menulis iklan dan diposting di ebay, menawarkan isterinya untuk harga pembidaan bermula $ 55. Namun kerajaan Brazil akhirnya mengetahui iklan tersebut dan segera memerintahkan agar iklan tersebut dihapus dari website ebay.
6. Buku 340 tahun William Shakespeare
Buku berusia 340 tahun dari pengarang William Shakespeare, telah dijual di ebay pada tahun 2003 seharga £ 5 juta. Naskah ini adalah satu dari beberapa salinan yang selamat dalam kebakaran besar di London pada tahun 1666.
7. Kapal persiaran
Barang paling mahal yang di jual di ebay adalah kapal pesiaran yang dilelong oleh fort. Lauderdale (fl). Kapal pesiaran mewah ini ditawarkan untuk pelelongan ebay pada 3 november 2006 dengan harga awal sebesar $ 85 juta. Beberapa ciri-ciri luar biasa dari kapal pesiaran ini ialah: Berat 16.000 nm, garaj helikopter, dan empat belas suite vip multi-level dengan pemandangan panorama.

Kenapa Tak Jugak Kaya-kaya?
Sebuah teka-teki kehidupan, yang sedar atau tidak sering timbul di dalam fikiran kita, mengapa saya tidak sekaya orang lain ? mengapa mereka yang banyak membuat maksiat tetapi semakin berjaya dalam kehidupannya?
Saya bekerja kuat, tidur pukul 2 pagi, bangun awal pagi untuk mencari rezeki tapi masih tak kaya-kaya.
Apakah ini sudah takdir saya?
Untuk itu perlu kita kaji firman Allah Taala berikut ini :
“Apakah mereka yang membahagi-bahagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” Surah Az Zukhruf : 43
Bahawa Allah yang mengatur pembahagian rezeki kepada hambanya, Allah yang mengatur penghidupan kita bukan orang lain, bukan pelanggan, bukan boss kita dan bukan diri kita, tetapi Allah yang menentukan seberapa banyak rezeki kita hari ini dan esok.
Tapi Mengapa Allah Menentukan Rezeki Kita Sedikit?
Boleh jadi kerana Allah tahu batas kemampuan kita, jika diberi kekayaan melimpah kita tidak lagi ingat kepadaNya, kita akan banyak berbuat maksiat. Kerana Allah Maha Tahu, Dia mengetahui kadar kemampuan kita dalam menerima fitnah harta.
“Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” Surah Al Baqarah : 233
“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba- Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki- Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba- Nya lagi Maha Melihat.” Surah Asy Syuura : 27
Semua itu terjadi kerana Allah tahu kapasiti dan kemampuan kita dalam menerima ujian kekayaan, semua kerana kasih sayang Allah kepada hambanya, ada orang yang jika diberi kemiskinan maka dia akan bermaksiat tetapi jika dia dalam kaya maka dia akan banyak membuat amal kebajikan.
Sebaliknya ada orang-orang yang diberi kemiskinan, banyak beribadah, sedangkan jika diberi kekayaan, dia akan membuat maksiat.
“Bagi tiap sesuatu terdapat ujian dan cubaan, dan ujian serta cubaan terhadap umatku ialah harta-benda” HR. Tirmidzi
Jikalau Rezeki Sudah Ditakdirkan, Kenapa Kita Harus Berusaha dan Bekerja ?
Kita tidak pernah tahu takdir kita sebelum takdir itu terjadi, oleh kerana itu teruslah bekerja bersungguh-sungguh dan banyak beramal kebaikan untuk menyambut takdir kita, kerana kita akan dipermudah menuju takdir kita.
Tentang masalah ini, jangankan kita, sahabat Rasulullah SAW pun ada menanyakan perkara yang sama, buat apa berusaha dan bersusah payah jika sudah ditakdirkan buruk ?
“Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal usaha?
Rasulullah saw. bersabda:
Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara.
Kemudian beliau melanjutkan sabdanya:
Beramallah! kerana setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara.
Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini:
Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar.” (Shahih Muslim No.4786)
Jadi bersyukurlah jika anda termasuk orang-orang yang dimudahkan dalam berbuat kebaikan. Selain dari itu, perbaiki kualiti beragama kita supaya kita lebih siap menerima ujian baik kekayaan dan kemiskinan, kerana jika kita sudah berbuat baik dengan banyak bersedekah dan bertakwa maka Allah akan memudahkan jalan kejayaan kita, sekali lagi renungkan firman Allah Ta’ala berikut ini :
“Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” Surah Al-Lail : 4 – 7
Lalu Bagaimana dengan Mereka yang Berbuat Maksiat, Mengapa Mereka Boleh Sukses di Dunia ini ?
Kerana mereka telah melupakan peringatan Allah, maka Allah akan memberikan semua kenikmatan dunia sehingga mereka semakin lupa dan semakin banyak berbuat dosa yang akhirnya akan di azab secara tiba=tiba, sesuai dengan firmannya :
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”
Surah Al An’aam : 44
Jadi berhati-hatilah jika di masa ini kita banyak berbuat dosa dan maksiat namun Allah memberi rezeki melimpah!
Ingatlah :
“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki- Nya tanpa batas.”
Surah Al Baqarah :212
Wallahualam.
Rahsia Salesman Berjaya
Satu hari ada seorang lelaki gagap memohon jawatan menjadi salesman buku…
“Pa..pa…g.gi..en..en..cik”
“Ya encik? Ada apa?”
“S..ss..saya….mmm..mmmahu mminnn takkk..kerrr..ja..ja..ja..watan salesss…man ennn..en..cikk,”
“Yang normal, handsome dan cantik pun susah nak menjualnya..Awak yakin boleh jadi salesman??”
“Bbb..bb.boleh ennn..cikk,” jawabnya konfiden.
Esoknya, belum sampai setengah hari, dia berjaya menjual 10 buku. Petang dibekalkan 20 buah buku,pun habis terjual semuanya.
Begitulah seterusnya sampai buku tersebut menjadi best seller.
Pada malam penyampaian anugerah,lelaki gagap tadi memberikan rahsia menjual buku.
“BiiaaSs…ssa jjjer, ss…saya cc..ccum…cuma… Ss..sa..saya..cc..cuma..tt..ta..tanya ssaja ke bbaa..kal pem…pemm..beli, An…anda mma..ma..hu bb…bbbeli..bbu..bu..ku ini atau… mma..mma..ma..hu..ss..sa..saaa ya ya …BA… BACA… KAN….. ??”
Moral: Tukarkan kekurangan diri anda kepada kekuatan.
Dari Seorang Lelaki
Dari email blalang_group. Kredit kepada penulis asal.
Yang pompuan dah berkahwin tu ..hehehe pass pass kat hubby korang.
Teringat pasal satu story…seorang lelaki balik rumah…dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut…ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya… .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.
Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .Lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku..”awak sakit ke?”..tanya lelaki itu.. “tak lah”, jawab isterinya ringkas “kenapa teruk sangat rumah kita hari ni”, tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam…
Balas isterinya “wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ….NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI…….
“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, dia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…
Best baca sampai abis!!!. It’s true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..
As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala selalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i’m off duty, sure at
times boleh membuat kepala berserabut.
Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!!
But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”,aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth… Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘assshheemmmm’ , tak tahu mana nak carik yang baru.
Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil…Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.
Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh seluar dalam pun dah abis utk dipakai.
Toilet dah mula licin berdaki…lantai dah berbelak, tak dimop…Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun….belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.
Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri…begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..
So guys out there… jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best
fren kita,sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!
And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker
nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi…penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita…tak rela!!!
So to all mums and wives out there… hidupku tidak bermakna tanpamu. Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24hours tak habis-habis berleter…. pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut…
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan “dear” sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!
But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam “haunted village”. Pada ketika itulah baru
kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI…
Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari.
Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA.

Subscribe to:
Posts (Atom)