Kenapa Tak Jugak Kaya-kaya?
Sebuah teka-teki kehidupan, yang sedar atau tidak sering timbul di dalam fikiran kita, mengapa saya tidak sekaya orang lain ? mengapa mereka yang banyak membuat maksiat tetapi semakin berjaya dalam kehidupannya?
Saya bekerja kuat, tidur pukul 2 pagi, bangun awal pagi untuk mencari rezeki tapi masih tak kaya-kaya.
Apakah ini sudah takdir saya?
Untuk itu perlu kita kaji firman Allah Taala berikut ini :
“Apakah mereka yang membahagi-bahagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” Surah Az Zukhruf : 43
Bahawa Allah yang mengatur pembahagian rezeki kepada hambanya, Allah yang mengatur penghidupan kita bukan orang lain, bukan pelanggan, bukan boss kita dan bukan diri kita, tetapi Allah yang menentukan seberapa banyak rezeki kita hari ini dan esok.
Tapi Mengapa Allah Menentukan Rezeki Kita Sedikit?
Boleh jadi kerana Allah tahu batas kemampuan kita, jika diberi kekayaan melimpah kita tidak lagi ingat kepadaNya, kita akan banyak berbuat maksiat. Kerana Allah Maha Tahu, Dia mengetahui kadar kemampuan kita dalam menerima fitnah harta.
“Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” Surah Al Baqarah : 233
“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba- Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki- Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba- Nya lagi Maha Melihat.” Surah Asy Syuura : 27
Semua itu terjadi kerana Allah tahu kapasiti dan kemampuan kita dalam menerima ujian kekayaan, semua kerana kasih sayang Allah kepada hambanya, ada orang yang jika diberi kemiskinan maka dia akan bermaksiat tetapi jika dia dalam kaya maka dia akan banyak membuat amal kebajikan.
Sebaliknya ada orang-orang yang diberi kemiskinan, banyak beribadah, sedangkan jika diberi kekayaan, dia akan membuat maksiat.
“Bagi tiap sesuatu terdapat ujian dan cubaan, dan ujian serta cubaan terhadap umatku ialah harta-benda” HR. Tirmidzi
Jikalau Rezeki Sudah Ditakdirkan, Kenapa Kita Harus Berusaha dan Bekerja ?
Kita tidak pernah tahu takdir kita sebelum takdir itu terjadi, oleh kerana itu teruslah bekerja bersungguh-sungguh dan banyak beramal kebaikan untuk menyambut takdir kita, kerana kita akan dipermudah menuju takdir kita.
Tentang masalah ini, jangankan kita, sahabat Rasulullah SAW pun ada menanyakan perkara yang sama, buat apa berusaha dan bersusah payah jika sudah ditakdirkan buruk ?
“Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal usaha?
Rasulullah saw. bersabda:
Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara.
Kemudian beliau melanjutkan sabdanya:
Beramallah! kerana setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara.
Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini:
Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar.” (Shahih Muslim No.4786)
Jadi bersyukurlah jika anda termasuk orang-orang yang dimudahkan dalam berbuat kebaikan. Selain dari itu, perbaiki kualiti beragama kita supaya kita lebih siap menerima ujian baik kekayaan dan kemiskinan, kerana jika kita sudah berbuat baik dengan banyak bersedekah dan bertakwa maka Allah akan memudahkan jalan kejayaan kita, sekali lagi renungkan firman Allah Ta’ala berikut ini :
“Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.” Surah Al-Lail : 4 – 7
Lalu Bagaimana dengan Mereka yang Berbuat Maksiat, Mengapa Mereka Boleh Sukses di Dunia ini ?
Kerana mereka telah melupakan peringatan Allah, maka Allah akan memberikan semua kenikmatan dunia sehingga mereka semakin lupa dan semakin banyak berbuat dosa yang akhirnya akan di azab secara tiba=tiba, sesuai dengan firmannya :
“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”
Surah Al An’aam : 44
Jadi berhati-hatilah jika di masa ini kita banyak berbuat dosa dan maksiat namun Allah memberi rezeki melimpah!
Ingatlah :
“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki- Nya tanpa batas.”
Surah Al Baqarah :212
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment