Maharaja Lawak Mega Minggu 1



Assalamualaikum...

Hai readers... skrg ni tgh berlangsung rancangan Maharaja Lawak Mega minggu 1 kat Astro WARNA... Terkejut jugak sbb para juri mmg xde kne mngena dlm bidang lawak ni... tp ok gak kan, maybe astro nak selebriti yang bukan pelawak yang jadi juri untuk mewakili suara penonton2 yang kurang faham dgn bidang lawak melawak ni... 

Antara selebriti yang terlibat jadi juri tetap ni adalah seperti:

1. DATO' CHEF WAN


2. ZAINAL ABIDIN 


3. DATO' SITI NURHALIZA


Dan tak lupakan juri jemputan untuk minggu ini... iaitu

IMRAN AJMAIN

Oklah korang, Misz Ayu nak continue menonton ek... nti M.A update result nye ek... hehe.. bye...

*update: malam ni cam biasa lah, program realiti astro yg sblom2 ni pon... xde penyingkiran.. huhu


Shopping Online Shopping



Assalamualaikum....

Selamat Hari Deepavali dan selamat bercuti bagi yang bercuti ek... adik2 yang ade homework tu cepat siapkn.... jangan tangguh2 tau, nanti kene piat tlinga ngn ciku sape susah?? huhuhu...
Ok2, berbalik kepada tajuk di atas...

Tentu korang2 semua ada yang dah ade pengalaman shopping online kan?? Shoping kasut... beg.. baju... boyfren... hah!!!! boyfren??? ade ke??? haish, mne bleh, cinta xleh bli lorh... PULAK!!!!

Mengarot je lah aku ni... Entah kemana2 dah lari dari tajuk.. Straight to then point je lah yeeee.... Ni hah, misz ayu ade nk kongsi dgn korang2 semua blog baru misz ayu.. blog shopping tudung... ngee~~ Nanti jangan lupa jenguk2 ye... jangan jenguk je, nti bli ye... order form ade kat bawah blog tu ek.... bg follower blog misz ayu ni... nti korang tulis dekat note kat dalam order form tu korang follower misz ayu, nti misz ayu bg dikont.... eh discount... huhuhu... Jangan lupa tau.... 

* Blog shopping kasut akan datang !!!!!




Shopping Online



Assalamualaikum....

Selamat Hari Deepavali dan selamat bercuti bagi yang bercuti ek... adik2 yang ade homework tu cepat siapkn.... jangan tangguh2 tau, nanti kene piat tlinga ngn ciku sape susah?? huhuhu...
Ok2, berbalik kepada tajuk di atas...

Tentu korang2 semua ada yang dah ade pengalaman shopping online kan?? Shoping kasut... beg.. baju... boyfren... hah!!!! boyfren??? ade ke??? haish, mne bleh, cinta xleh bli lorh... PULAK!!!!

Mengarot je lah aku ni... Entah kemana2 dah lari dari tajuk.. Straight to then point je lah yeeee.... Ni hah, misz ayu ade nk kongsi dgn korang2 semua blog baru misz ayu.. blog shopping tudung... ngee~~ Nanti jangan lupa jenguk2 ye... jangan jenguk je, nti bli ye... order form ade kat bawah blog tu ek.... bg follower blog misz ayu ni... nti korang tulis dekat note kat dalam order form tu korang follower misz ayu, nti misz ayu bg dikont.... eh discount... huhuhu... Jangan lupa tau.... 

* Blog shopping kasut akan datang !!!!!




Gambar Ghadafi Mati Ditembak

Gambar Mayat Muammar Ghadafi Mati Ditembak

isuhangat.net
*Gambar Arwah Ghadadi sesaat sebelum dia di tembak

Semalam dikhabarkan bahawa Pemimpin Revolusi Libya Muanar Ghadafi mati ditembak oleh Tentera pimpinan Dewan Transisi Nasional (NTC) dalam penyerbuaan di bandar Sirte, Libya. Sirte adalah merupakan kampung asal Gaddafi.

Setelah Bandar Sirte dapat dikuasai oleh para tentera pembangkang, para tentera berjaya menemui tempat persembunyian Khadafi di bandar tersebut.

Mereka menyerang tempat persembunyian Ghadafi dan terjadi pertempuran sengit antara Tentera pembangkang serta pengikut setia Ghadafi di Sirte.

Pejabat Dewan Transisi Nasional (NTC) mengakui mayat yang berlumuran darah tersebut adalah gambar Mayat Muammar Khadafi. Mayat tersebut pucat dan berlumuran darah, dengan luka tembak dikepala dan kakinya. Diceritakan semasa itu Ghadafi cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya kerana telah dikepung. Ada anggota Pasukan NTC yang meminta pasukan untuk menahan diri agar tidak menembak Ghadafi kerana telah menyerah diri tetapi akhirnya ditembak juga oleh ahli pasukan NTC yang lain.

Kepada yang tidak lemah semangat boleh lihat gambar Mayat Muammar Khadafi yang maut semasa pertempuran tersebut:








isuhangat.net
















Lagi sekali AS dan pasukan sekutunya membunuh orang-orang yang dianggap penghalang padahal mereka juga penjahat perang .. Sekadar informasi 2 hari sebelum tewasnya Ghadafi, Menteri Luar Negeri AS Hillary Clinton menyeru penangkapan Ghadafi samada hidup maupun mati
Yang pasti kita lihat ketika demokrasi dijadikan suatu alasan untuk kepentingan tertentu..Apakah mungkin Ahmadinejjad, Huga Chavez, Fidel Castro atau pemimpin2 negara lain yg kontra dengan pasukan sekutu akan senasib seperti ini?

Kredit to: www.isuhangat.net.

Tidur Selepas Subuh

Tidur Lepas Subuh


Kita sama-sama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh berkat dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya.
Tetap pada kenyataan sekarang, kita sering melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ibadat, ternyata digunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi.

Kita dapat melihat ini dari ucapan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang masa. Beliau mengatakan:
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas.Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di tengahari –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah).
Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).”
(Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)
BAHAYA TIDUR PAGI
1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.
2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3.Tidak mendapatkan berkat di dalam waktu dan amalannya.
4.Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau berkata,
“Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”
(Miftah Daris Sa’adah, 2/216).
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malas dengan selalu tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malas pula.
5. Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata,
“Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah;
- tidur di waktu pagi,
- sedikit solat,
- bermalas-malas dan
- berkhianat.
(Zaadul Ma’ad, 4/378)
6. Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
Wallahu’alam.

Maharaja Lawak Mega tampilkan 47 pelawak otai

 




Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega.

Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.

Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.

Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri.

“Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta.

“Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.
SENARAI PESERTA

Berkumpulan:
1. Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
2. Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
3. Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
4. Anje (Achong dan Joey)
5. Osbon (Mr Os dan Abon)
6. Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
7. Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
8. Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
9. 3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
10. Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
11. Gebu ( Hani dan Azian)
12. Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
13. Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
14. Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
15. Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:
1. Adlin Aman Ramli
2. Jalil Hamid

Keburukan Kacang Soya






KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.


Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.
Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

 (1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan  isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.

Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian.
Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

 (4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan  sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...