Cara Mudah Potong Rambut Sendiri

Cara ni amat sesuai di praktikkan oleh muslimah yang menjaga aurat dan tidak suka ke kedai gunting... boleh jimat belanja jugak kan?

kat bawak ni M.A sertakan gambar step 1 hingga 7... mudah je, M.A dah cuba, mmg puas hati dan mudah sgt...

SELAMAT MENCUBA.. :)







Panduan Solat Sunat Taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Shopping Online ( Vitamin C dan lain-lain)



Assalamualaikum...
 pembaca2 blog Misz Ayu semua.. sihat ke? Alhamdulillah...
Entri MA kali ni amat menarik.. MA percaya ramai di kalangan readers blog ni cik2 adik manis kan? X kurang jugak abg2 ganteng... hehe...

Kat sini MA nak kongsi satu blog yang pastinya berguna untuk korang semua...
Blog ni adalah blog jualan online produk2 kecantikan, yang paling laris sekali VITAMIN C yang sedang hangat diperkatakan sekarang.. MA sendiri pun ada ambik VITAMIN C ni. Hasilnya amat memuaskan...

Ok, xnak citer panjang2.. klau korang berminat nak try VITAMIN C dan SUPPLEMENT lain, serta produk2 penjagaan kulit macam SABUN SUSU BERAS atau PURE MARINE COLLAGEN,
sila2 lah berkunjung ke BLOG NI ye... 

Klau korang berminat nak order, BORANG TEMPAHAN ada dekat sana ye...





Panduan Solat Sunat Dhuha



Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:
 “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda:
 “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: 
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


Waktu Solat Dhuha


Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).



Cara Mengerjakan Solat Dhuha


Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

1.  Niatnya:

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda:
“Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,
“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).


Panduan Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari, sekira-kira jam 7.30 pagi. Bilangan raka'at boleh ditambah menurut berapa bilangan yang disukai, asalkan dilakukan dalam dua raka'at satu salam.

Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)

Cara Melakukan Solat Isyraq


1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:


2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3. Lafaz niatnya:-


“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

4. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.

Atau;

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.

5. Selepas salam bacalah doa ini;


KELEBIHAN SOLAT SUNAT ISYRAQ

Allah akan memurahkan rezeki pada orang yang bersembahyang subat Isyraq pada hari tersebut. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T berfirman, maksudnya:

"Hai anak Adam, janganlah malas dalam mengerjakan sembahyang empat raka'at Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha-usahamu pada keseluruhan hari tu."




Jom Tambah Duit Raya !!!

Assalamualaikum readerszzz.....

Ada tak antara korang yang dok berkira-kira nak tambah pendapatan skit menjelang raya ni...???
Maklumlah, banyak benda nak di buat kan? Nak beli baju raya lagi, kasut, beg, bajet duit raya untuk anak sedara, pastu nak jugak hulur beberapa keping not biru kat mak dan ayah kan?? Hehe...

Erm... kalau korang ada salah satu impian di atas, mesti korang terfikir-fikir.. mana nak dapatkan sumber kewangan kan? Bak kata pepatah, 99% dari sumber kekayaan itu adalah dari berniaga.. Tapi nak meniaga apa? 

Bersesuaian dengan musim sekarang ni, musim nak raya... so kite kena lah jual barang yang berkaitan kan?
Contohnya, snek-snek ringan yang boleh dimakan di pagi raya la...

Ok, tak nak membebel panjang, kat sini Ayu ada nak kongsikan satu blog (blog ayu jugak ni.. hehehe) untuk korang yang berminat nak tambah duit sikit raya nanti... Cekidouutttt!!!

http://love-kelantan.blogspot.com

Jangan lupa order tau.. form untuk tempahan ada kat bahagian bawah blog tu ek....
*SELAMAT BERNIAGA*

Cara Mudah Hapuskan Hutang





Cara mudah hapuskan hutang!


Salam hormat,
Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang! Oleh itu anda mampu mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup yang lebih baik. Dan saya akan memperkenalkan satu sistem yang boleh anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah diikuti adalah yang terbaik. Dan saya rasa ianya termasuk juga cara menghapuskan hutang. Dalam masa beberapa tahun saya telah mempelajari pelbagai sistem, di sini saya akan memperkenalkan salah satu sistem yang terbaik kepada anda.

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah berikut, dan pastinya matlamat anda untuk bebas daripada hutang akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu. Tulis semua perbelanjaan anda, walaupun untuk membeli goreng pisang tepi jalan. Akhirnya, anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat sakit jantung… hehehe….

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung.
Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM 2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang-hutang anda seperti berikut, hutang yang sedikit diatas sekali dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa senaraikan semua hutang-hutang anda. 

Contohnya:
1) Hutang tv = RM 2,000
2) Hutang kad kredit = RM 5,000
3) Hutang kereta = RM 50,000
4) Hutang rumah = RM 100,000

7. Sekarang anda perlu ‘MENYERANG’ untuk membayar hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu, contohnya tv. Dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM 2000. Sematkan di minda untuk tambahkan wang anda sebanyak 10% daripada jumlah tersebut, iaitu RM 200!

9. Untuk mempunyai wang tambahan RM 200 bagi membayar hutang, kurangkan RM 200 daripada perbelanjaan dan simpan untuk membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM 200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang perlu dan tidak perlu dibeli.

Contohnya jika anda selalu makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti. Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM 200 ini untuk membayar hutang No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum ini, sekarang anda bayar RM 300 (RM 100+RM 200). Apabila habis hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. 

Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
Akhir sekali, jangan membuat hutang-hutang baru demi memenuhi KEMAHUAN anda.

Utamakan KEPERLUAN bukan KEMAHUAN.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini, ia bermula HANYA daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.

Gunakan teknik ini, dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.




   Demi Kejayaan Kewangan Anda,




Sungguh LUCU dan MEMALUKAN Menjadi MUSLIM Sebegini


Ini contoh sederhana yg mungkin tanpa disedari sering kita lakukan sehari-hari [termasuk admin juga]

Kadang-kadang kita akan dengan senang hati, tanpa terasa menghabiskan & meluangkan masa kita untuk:
5-8 jam (+/- 33% waktu kita dalam sehari) untuk tidur!!
2-4 jam (+/- 17% waktu kita dalam sehari) untuk main game-internet, menonton TV, membaca akhbar & majalah!!1-2 jam (+/- 8% waktu kita dalam sehari) untuk bergayut telefon, SMS dengan kawan/kekasih!!


Tapi apa yg terjadi jika kita mendengar ‘panggilan’ Allah SWT, dari Azan yg berkumandang sebagai petanda waktu kita Solat!? Kadang-kadang kita menjawab: ‘Nanti ahh…!’ ‘Alahhh, masih awal lagi ni..!” ‘Alamak, sibuk betul, banyak kerja ni!” “Uahhmm..mengantuk, penat!” “Lek lu, tunggu iklan Raja Lawak ni..” dsb.
Wooowww… Sehari, dua hari sudah hafal dalam kepala! Menghayati! Sampai menangis-nangis dgn syahdunya!


Dan apa yg terjadi dengan Solat Wajib 5 waktu kita yg hanya +/- 50 Minit (hanya 4% waktu kita dlm sehari!!)

atau

Masa kita untuk membaca Al-Quran yg hanya +/- 15 Minit (hanya 1% waktu kita dlm sehari!!)
Tetapi mengapa kita berat sekali untuk menunaikannya!? sehingga kita tidak menjalankannya dgn ikhlas, rutin dan senang hati!?

Akhirnya kita menjadi suka melalaikan Solat dan tidak pernah sekalipun tergerak hati untuk membaca Al-Quran. Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!? Termasuk kita!?


Semasa ada ‘panggilan’ dari HP kita,kita pasti akan SEGERA melihatnya, mengangkat telefon dsb. [Apalagi kalau tahu itu dari kekasih! ]. Malah semasa kita memandu pun, kita akan SEGERA, pada masa itu jg menepikan kenderaan untuk mengangkat call atau sekadar melihat SMS dsb, dan bukan perkara luar biasa ramai yang telefon/SMS semasa memandu!


Akhirnya kita menjadi suka menunda-nunda waktu Solat kita. Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!? Termasuk aku!?


Kita Solat Wajib, jumlah 17 rakaat dalam sehari. Pastinya kita WAJIB membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali. Apabila dikira, dalam setahun kita membaca Al-Fatihah 6,120 kali! Jika kita selama ini sudah Solat selama (katakanlah) 5 tahun, ertinya kita telah membaca Al-Fatihah sebanyak 30,600 kali!! Tapi harus kita tanyakan kepada diri kita sendiri, apakah selama ini kita tahu ertinya!?

Tapi apa yg terjadi jika kita dengan lirik-lirik lagu sperti lagu cinta, puitis, romantis dari band kesayangan kita?


Akhirnya kita menjadi ‘jauh’ dari Al-Quran, kerana kita hanya membacanya saja tanpa pernah mengetahui dan menghayati ertinya [lebih teruk lagi, yg menjadikan Al-Quran hanya sebagai hiasan rumah! ].
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?


‘PERINTAH’ [bisikan] Syaitan: “Wahai Manusia, tak mengapa kamu bermaksiat, melayan syahwat, puaskan hawa nafsumu brg sesaat! Kesempatan tidak akan datang kedua kali, skrg ini adalah saat yg tepat! Percayalah! Kau akan sungguh-sungguh merasakan NIKMAT!”

PERINTAH Allah SWT: “Wahai Manusia, Jangalah kau menuruti hawa nafsu syaitan yg akan selalu menyesatkanmu dari jalanKu. Jagalah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu!”

PERINTAH siapakah yg kita jalankan? PERINTAH siapakah yg kita ikuti? PERINTAH siapakah yg kita amalkan dgn teguh?

Tapi apa yg terjadi??? Suka melayari web-web lucah, menonton video-video biru, chat sex dsb.

Akhirnya terjadilah Free Sex, penzinaan suami dan isteri orang, berpeluk dgn yg bukan muhrimnya, gangguan seksual, dsb.

Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?


Kita cukup peka dengan perkembangan teknologi,hiburan,fesyen bolasepak dan sebagainya. Sebut sahaja ipad, tablet,angry birds, EPL, F1 dan sebagainya semua kita hafal.
Namun surah-surah dari ayat lazim yang kita baca ketika solat – balik-balik surah yang sama. Tidak ada usaha untuk improve dengan menghafal surah-surah yang berlambak-lambak sedia ada dalam Al-Quran.
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?

Betapa kita SERING MEMINTA ini-itu kepadaNya, kadang-kadang dengan sedikit ‘memaksa’ harus dikabulkan sekarang juga, bahkan sampai kecewa kepadaNya ketika doa kita tidak juga dikabulkan, tetapi kita JARANG MEMBERI kepada ALLAH!
Sesungguhnya, Allah SWT yang perlukan kita atau kita yang perlukan Allah SWT!?
“Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU (balasan Tuhan) amatlah pedih (menyakitkan)”
[Surah:Ibrahim;7]
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?


Persamaan Unta Dan Manusia


Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar & hanya terdiri dari tiga jari?”
Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”
“Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.
“Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yg panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

“Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.
“Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yg susah nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.
Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang & bonggol di belakang adalah utk hidup di gurun…”
“Benar sayang,” jawab induknya.
“So, naper kita ada dalam Zoo Taiping ni…?”



Admin: Begitu juga dengan manusia, kadang kita ada kelebihan dan bakat yang lain tapi bekerja/tinggal di kawasan yang berbeza yang tidak menggunakan kelebihan yang sedia ada. Apa pun rezeki, jodoh ajal dan maut itu adalah hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Tulang Rusuk Yang Patah

tulang rusuk

          Cerita ini khas ditujukan untuk seseorang yang sedang mula kurang perasaan cinta kepada isteri atau kekasih dan mula berfikir anda sudah salah terpilih isteri atau kekasih. Cerita ini untuk kita semua yang sering kali membuat orang yang kita sayang bersedih. Semoga kisah ini akan membuat perubahan perasaan kepada isteri, kekasih & terima kasih untuk penulis cerita ini .

Sebuah senja yang sempurna, sepotong donat, dan lagu cinta yang lembut. Adakah yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang memadu kasih? Uda dan Dara duduk di punggung senja itu, rancak berbicara, beratus tawa gembira, lalu Dara pun mula meminta kepastian. ya, tentang cinta.

Dara : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
Uda : Kamu lah?
Dara : Menurut kamu, aku ini siapa?
Uda : (Berfikir sebentar, lalu menatap mata Dara) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan apabila menemui wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.” 
Selepas berkahwin, Dara dan Uda mengalami masa yang indah dan manis tetapi hanya untuk seketika. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mula menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.


Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari, menjadi kemuncak sebuah pertengkaran, Dara lari keluar rumah. Setelah tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tak cinta aku lagi !”Uda sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan dia menjerit membalas “Aku menyesal kita berkahwin! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”

Tiba-tiba Dara menjadi terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia melihat Uda, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.

Uda menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk diambil kembali. Dengan berlinang air mata, Dara kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau aku bukan tulang rusukmu, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. ”
Lima tahun berlalu…..

Uda tidak menikah lagi, tetapi sentiasa mengambil tahu kehidupan Dara. Dara pernah ke luar negeri, bernikah dengan orang asing, bercerai, dan kini kembali ke tanahair semula. Dan Uda yang tahu semua informasi tentang Dara, dia sebenarnya merasa kecewa, kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali, Dara tidak menunggunya.

Dan di tengah malam yang sunyi, semasa Uda meminum kopinya, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara.

Suatu hari, mereka akhirnya kembali bertemu. Di airport, di tempat yang berlaku banyak pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas, mata mereka saling tidak mahu terlepas.

Uda : Apa khabar?
Dara : Baik… mmm.. apakah kamu sudah menemui rusukmu yang hilang?
Uda : Belum.
Dara : Aku nak terbang ke New York.
Uda : Aku akan kembali 2 minggu lagi. Telefonlah aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon aku, belum yang berubah. Tidak akan ada yang berubah.
Dara tersenyum manis, lalu berlalu.“Good bye….”

Seminggu kemudian, Uda mendengar bahawa Dara mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
Malam itu, sekali lagi, Uda meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya.

Akhirnya dia sedari bahawa sakit itu adalah kerana Dara, tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


10 lokasi yang disorokkan di Google Maps

Aplikasi Google Maps menjadikan semua orang di dunia lebih mudah untuk boleh melihat seluruh tempat di bumi dari pandangan satelit. Tapi siapa sangka ada 10 tempat yang dilarang untuk dilihat di Google Maps?


Menurut laman web teknologi Mashable, 25 Mac 2012, ada pelbagai andaian kenapa sepuluh lokasi ini tidak boleh dilihat di Google Maps.

Menurut Deanna Yick, gambar satelit, aerial di Google Earth dan Google Maps didapat dari berbagai sumber komersial dan publik. Namun, ada syarat di mana mereka harus mengikuti undang-undang di negara masing-masing tempat mereka beroperasi.
“Jadi ada beberapa tempat yang digelapkan, kemudian baru mereka berikan imej tersebut pada kami,” kata Deanna Yick.

Seperti yang terjadi ketika mula-mula google maps dilancarkan adalah gambar Gedung Putih dan Capitol Building di Washington, Amerika Syarikat.


Berikut adalah 10 lokasi yang disorokkan di Google Maps:

1. The Royal Palace of Amsterdam, Belanda

Ini adalah lokasi tempat tinggal kerajaan Belanda. Beberapa rumah anggota kerajaan Belanda lain, bernama Huis ten Bosch, juga dibuat digelapkan.


2. Buffalo Niagara International Airport
isuhangat google maps

Lokasi ini dibuat sukar untuk dilihat detailnya kerana sangat putih atau terang di Google Maps.


3. Tantauco National Park, Chile
isuhangat google maps

Taman nasional ini hanya boleh dilihat dengan bentuk penanda dari jauh di Google Maps.


4. Keowee Dam, South Carolina, Amerika Syarikat
isuhangat google maps

Takungan air buatan ini dibuat hidden oleh Google Maps. Berbentuk seakan pokok Krismas, tadahan ini menjadi pusat penjana elekrtrik untuk syarikat Duke Energy.


5. Sebuah tempat di Russia
isuhangat google maps

Belum diketahui pasti mengapa dan apa lokasi yang dibuat digelapkan oleh Google Maps. Tempat ini adalah laman ketenteraan Russia di wilayah padang rumput Siberia, Russia.


6. Bandar Minami Torishima, Jepun
isuhangat google maps

Ini merupakan bandar terletak di timur Jepun. Di Google Maps, lokasi ini dibuat disembunyikan dengan warna putih. Masa ini, lokasi itu dikatakan digunakan sebagai lokasi latihan pasukan khas angkatan laut Jepun.


7. The Michael Aaf Building, Utah, Amerika Syarikat
isuhangat google maps

Gedung Michael Aaf ini dibuat sorokkan dengan warna putih, kemungkinan besar untuk keselamatan. Disyaki lokasi ini merupakan tempat tentera melakukan ujian sistem senjata biologi dan kimia.


8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York, Amerika Syarikat
isuhangat google maps

Lokasi yang digelapkan oleh Google Maps ini merupakan tempat berteknologi tinggi, juga menggunakan elektrik dari gas semulajadi sebagai cara mengurangkan pembebasan karbondioksida.


9. Babylon, Iraq
isuhangat google maps

Dibuat tidak boleh melihat detailnya, lokasi ini kelihatan seperti lokasi pertanian.


10. Vlissingen, Belanda
isuhangat google maps

Lokasi markas angkatan darat dan udara Belanda ini dibuat seperti pixel-pixel besar yang tidak memungkinkan kita untuk melihat dengan terperinci lokasi daerah ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...