Sungguh LUCU dan MEMALUKAN Menjadi MUSLIM Sebegini


Ini contoh sederhana yg mungkin tanpa disedari sering kita lakukan sehari-hari [termasuk admin juga]

Kadang-kadang kita akan dengan senang hati, tanpa terasa menghabiskan & meluangkan masa kita untuk:
5-8 jam (+/- 33% waktu kita dalam sehari) untuk tidur!!
2-4 jam (+/- 17% waktu kita dalam sehari) untuk main game-internet, menonton TV, membaca akhbar & majalah!!1-2 jam (+/- 8% waktu kita dalam sehari) untuk bergayut telefon, SMS dengan kawan/kekasih!!


Tapi apa yg terjadi jika kita mendengar ‘panggilan’ Allah SWT, dari Azan yg berkumandang sebagai petanda waktu kita Solat!? Kadang-kadang kita menjawab: ‘Nanti ahh…!’ ‘Alahhh, masih awal lagi ni..!” ‘Alamak, sibuk betul, banyak kerja ni!” “Uahhmm..mengantuk, penat!” “Lek lu, tunggu iklan Raja Lawak ni..” dsb.
Wooowww… Sehari, dua hari sudah hafal dalam kepala! Menghayati! Sampai menangis-nangis dgn syahdunya!


Dan apa yg terjadi dengan Solat Wajib 5 waktu kita yg hanya +/- 50 Minit (hanya 4% waktu kita dlm sehari!!)

atau

Masa kita untuk membaca Al-Quran yg hanya +/- 15 Minit (hanya 1% waktu kita dlm sehari!!)
Tetapi mengapa kita berat sekali untuk menunaikannya!? sehingga kita tidak menjalankannya dgn ikhlas, rutin dan senang hati!?

Akhirnya kita menjadi suka melalaikan Solat dan tidak pernah sekalipun tergerak hati untuk membaca Al-Quran. Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!? Termasuk kita!?


Semasa ada ‘panggilan’ dari HP kita,kita pasti akan SEGERA melihatnya, mengangkat telefon dsb. [Apalagi kalau tahu itu dari kekasih! ]. Malah semasa kita memandu pun, kita akan SEGERA, pada masa itu jg menepikan kenderaan untuk mengangkat call atau sekadar melihat SMS dsb, dan bukan perkara luar biasa ramai yang telefon/SMS semasa memandu!


Akhirnya kita menjadi suka menunda-nunda waktu Solat kita. Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!? Termasuk aku!?


Kita Solat Wajib, jumlah 17 rakaat dalam sehari. Pastinya kita WAJIB membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali. Apabila dikira, dalam setahun kita membaca Al-Fatihah 6,120 kali! Jika kita selama ini sudah Solat selama (katakanlah) 5 tahun, ertinya kita telah membaca Al-Fatihah sebanyak 30,600 kali!! Tapi harus kita tanyakan kepada diri kita sendiri, apakah selama ini kita tahu ertinya!?

Tapi apa yg terjadi jika kita dengan lirik-lirik lagu sperti lagu cinta, puitis, romantis dari band kesayangan kita?


Akhirnya kita menjadi ‘jauh’ dari Al-Quran, kerana kita hanya membacanya saja tanpa pernah mengetahui dan menghayati ertinya [lebih teruk lagi, yg menjadikan Al-Quran hanya sebagai hiasan rumah! ].
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?


‘PERINTAH’ [bisikan] Syaitan: “Wahai Manusia, tak mengapa kamu bermaksiat, melayan syahwat, puaskan hawa nafsumu brg sesaat! Kesempatan tidak akan datang kedua kali, skrg ini adalah saat yg tepat! Percayalah! Kau akan sungguh-sungguh merasakan NIKMAT!”

PERINTAH Allah SWT: “Wahai Manusia, Jangalah kau menuruti hawa nafsu syaitan yg akan selalu menyesatkanmu dari jalanKu. Jagalah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu!”

PERINTAH siapakah yg kita jalankan? PERINTAH siapakah yg kita ikuti? PERINTAH siapakah yg kita amalkan dgn teguh?

Tapi apa yg terjadi??? Suka melayari web-web lucah, menonton video-video biru, chat sex dsb.

Akhirnya terjadilah Free Sex, penzinaan suami dan isteri orang, berpeluk dgn yg bukan muhrimnya, gangguan seksual, dsb.

Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?


Kita cukup peka dengan perkembangan teknologi,hiburan,fesyen bolasepak dan sebagainya. Sebut sahaja ipad, tablet,angry birds, EPL, F1 dan sebagainya semua kita hafal.
Namun surah-surah dari ayat lazim yang kita baca ketika solat – balik-balik surah yang sama. Tidak ada usaha untuk improve dengan menghafal surah-surah yang berlambak-lambak sedia ada dalam Al-Quran.
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?

Betapa kita SERING MEMINTA ini-itu kepadaNya, kadang-kadang dengan sedikit ‘memaksa’ harus dikabulkan sekarang juga, bahkan sampai kecewa kepadaNya ketika doa kita tidak juga dikabulkan, tetapi kita JARANG MEMBERI kepada ALLAH!
Sesungguhnya, Allah SWT yang perlukan kita atau kita yang perlukan Allah SWT!?
“Apabila kamu bersyukur pasti Aku (Tuhan) menambah nikmatmu dan apabila kamu kufur (mengingkari/tidak bersyukur) sesungguhnya balasanKU (balasan Tuhan) amatlah pedih (menyakitkan)”
[Surah:Ibrahim;7]
Sungguh LUCU dan MEMALUKAN bukan!?


Persamaan Unta Dan Manusia


Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar & hanya terdiri dari tiga jari?”
Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”
“Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.
“Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yg panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

“Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.
“Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yg susah nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.
Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang & bonggol di belakang adalah utk hidup di gurun…”
“Benar sayang,” jawab induknya.
“So, naper kita ada dalam Zoo Taiping ni…?”



Admin: Begitu juga dengan manusia, kadang kita ada kelebihan dan bakat yang lain tapi bekerja/tinggal di kawasan yang berbeza yang tidak menggunakan kelebihan yang sedia ada. Apa pun rezeki, jodoh ajal dan maut itu adalah hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Tulang Rusuk Yang Patah

tulang rusuk

          Cerita ini khas ditujukan untuk seseorang yang sedang mula kurang perasaan cinta kepada isteri atau kekasih dan mula berfikir anda sudah salah terpilih isteri atau kekasih. Cerita ini untuk kita semua yang sering kali membuat orang yang kita sayang bersedih. Semoga kisah ini akan membuat perubahan perasaan kepada isteri, kekasih & terima kasih untuk penulis cerita ini .

Sebuah senja yang sempurna, sepotong donat, dan lagu cinta yang lembut. Adakah yang lebih indah dari itu, bagi sepasang manusia yang memadu kasih? Uda dan Dara duduk di punggung senja itu, rancak berbicara, beratus tawa gembira, lalu Dara pun mula meminta kepastian. ya, tentang cinta.

Dara : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
Uda : Kamu lah?
Dara : Menurut kamu, aku ini siapa?
Uda : (Berfikir sebentar, lalu menatap mata Dara) Kamu tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan apabila menemui wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.” 
Selepas berkahwin, Dara dan Uda mengalami masa yang indah dan manis tetapi hanya untuk seketika. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mula menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.


Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.
Pada suatu hari, menjadi kemuncak sebuah pertengkaran, Dara lari keluar rumah. Setelah tiba di seberang jalan, dia berteriak, “Kamu tak cinta aku lagi !”Uda sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan dia menjerit membalas “Aku menyesal kita berkahwin! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!”

Tiba-tiba Dara menjadi terdiam , berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia melihat Uda, seakan tak percaya pada apa yang telah dia dengar.

Uda menyesal akan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk diambil kembali. Dengan berlinang air mata, Dara kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau aku bukan tulang rusukmu, biarkan aku pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing. ”
Lima tahun berlalu…..

Uda tidak menikah lagi, tetapi sentiasa mengambil tahu kehidupan Dara. Dara pernah ke luar negeri, bernikah dengan orang asing, bercerai, dan kini kembali ke tanahair semula. Dan Uda yang tahu semua informasi tentang Dara, dia sebenarnya merasa kecewa, kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali, Dara tidak menunggunya.

Dan di tengah malam yang sunyi, semasa Uda meminum kopinya, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara.

Suatu hari, mereka akhirnya kembali bertemu. Di airport, di tempat yang berlaku banyak pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas, mata mereka saling tidak mahu terlepas.

Uda : Apa khabar?
Dara : Baik… mmm.. apakah kamu sudah menemui rusukmu yang hilang?
Uda : Belum.
Dara : Aku nak terbang ke New York.
Uda : Aku akan kembali 2 minggu lagi. Telefonlah aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon aku, belum yang berubah. Tidak akan ada yang berubah.
Dara tersenyum manis, lalu berlalu.“Good bye….”

Seminggu kemudian, Uda mendengar bahawa Dara mengalami kemalangan dan meninggal dunia.
Malam itu, sekali lagi, Uda meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di dadanya.

Akhirnya dia sedari bahawa sakit itu adalah kerana Dara, tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


10 lokasi yang disorokkan di Google Maps

Aplikasi Google Maps menjadikan semua orang di dunia lebih mudah untuk boleh melihat seluruh tempat di bumi dari pandangan satelit. Tapi siapa sangka ada 10 tempat yang dilarang untuk dilihat di Google Maps?


Menurut laman web teknologi Mashable, 25 Mac 2012, ada pelbagai andaian kenapa sepuluh lokasi ini tidak boleh dilihat di Google Maps.

Menurut Deanna Yick, gambar satelit, aerial di Google Earth dan Google Maps didapat dari berbagai sumber komersial dan publik. Namun, ada syarat di mana mereka harus mengikuti undang-undang di negara masing-masing tempat mereka beroperasi.
“Jadi ada beberapa tempat yang digelapkan, kemudian baru mereka berikan imej tersebut pada kami,” kata Deanna Yick.

Seperti yang terjadi ketika mula-mula google maps dilancarkan adalah gambar Gedung Putih dan Capitol Building di Washington, Amerika Syarikat.


Berikut adalah 10 lokasi yang disorokkan di Google Maps:

1. The Royal Palace of Amsterdam, Belanda

Ini adalah lokasi tempat tinggal kerajaan Belanda. Beberapa rumah anggota kerajaan Belanda lain, bernama Huis ten Bosch, juga dibuat digelapkan.


2. Buffalo Niagara International Airport
isuhangat google maps

Lokasi ini dibuat sukar untuk dilihat detailnya kerana sangat putih atau terang di Google Maps.


3. Tantauco National Park, Chile
isuhangat google maps

Taman nasional ini hanya boleh dilihat dengan bentuk penanda dari jauh di Google Maps.


4. Keowee Dam, South Carolina, Amerika Syarikat
isuhangat google maps

Takungan air buatan ini dibuat hidden oleh Google Maps. Berbentuk seakan pokok Krismas, tadahan ini menjadi pusat penjana elekrtrik untuk syarikat Duke Energy.


5. Sebuah tempat di Russia
isuhangat google maps

Belum diketahui pasti mengapa dan apa lokasi yang dibuat digelapkan oleh Google Maps. Tempat ini adalah laman ketenteraan Russia di wilayah padang rumput Siberia, Russia.


6. Bandar Minami Torishima, Jepun
isuhangat google maps

Ini merupakan bandar terletak di timur Jepun. Di Google Maps, lokasi ini dibuat disembunyikan dengan warna putih. Masa ini, lokasi itu dikatakan digunakan sebagai lokasi latihan pasukan khas angkatan laut Jepun.


7. The Michael Aaf Building, Utah, Amerika Syarikat
isuhangat google maps

Gedung Michael Aaf ini dibuat sorokkan dengan warna putih, kemungkinan besar untuk keselamatan. Disyaki lokasi ini merupakan tempat tentera melakukan ujian sistem senjata biologi dan kimia.


8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York, Amerika Syarikat
isuhangat google maps

Lokasi yang digelapkan oleh Google Maps ini merupakan tempat berteknologi tinggi, juga menggunakan elektrik dari gas semulajadi sebagai cara mengurangkan pembebasan karbondioksida.


9. Babylon, Iraq
isuhangat google maps

Dibuat tidak boleh melihat detailnya, lokasi ini kelihatan seperti lokasi pertanian.


10. Vlissingen, Belanda
isuhangat google maps

Lokasi markas angkatan darat dan udara Belanda ini dibuat seperti pixel-pixel besar yang tidak memungkinkan kita untuk melihat dengan terperinci lokasi daerah ini.






Mimpi Berbogel

Photobucket
Sekadar gambar hiasan


Perkongsian dari page Peminat Ustaz Azhar Idrus:

Baru pulang dari kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Beliau membuka kuliah degan satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel?

Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat. TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais.

Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.


Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yg baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?

Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu.

Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu.. Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima..

Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..

Posted @ www.isuhangat.net.



Sebab Doktor Bedah Memakai Baju Hijau


Walaupun sukar hendak dipastikan kenapa warna hijau jadi popular kerana alasan ini, hijau memang sesuai pada doktor untuk melihat dengan lebih baik di dewan bedah, kerana hijau adalah lawan dari warna merah dalam roda warna.
Menurut seorang ahli psikologi, melihat pada warna hijau dapat menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah semasa pembedahan. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak kurang sensitif terhadap variasi warna merah.


Alasan lain adalah, apabila dengan terus-menerus fokus kepada warna merah akan menyebabkan ilusi berwarna hijau pada latar warna berwarna terang atau putih. Ini akan menggangu penlihatan doktor. Jika warna baju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan berkurangan dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.



Fadilat puasa sepanjang Rejab




REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta'azim
(kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan
kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi
peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk,
pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah
berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat
Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya
ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan
ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat
ibadat di dalam bulan itu.

Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil
kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh
sahabat mengenai kelebihan Rejab:

Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai
kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:

~ Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga
tertinggi.

~ Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan
pahalanya.

~ Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang
yang menghalangnya ke neraka.

~ Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.

~ Puasa lima hari - aman dari azab kubur.

~ Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

~ Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.

~ Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.

~ Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak
ditolak dia dari memasuki syurga.

~ Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan
hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua
sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

~ Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

~ Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

~ Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping
menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata
bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

~ Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama
menziarahi Allah di dalam syurga.

~ Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi
Adam.

~ Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik
dengan baki umurnya.

~ Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia
berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70
hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang
amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

~ Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya,
jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

~ Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada
susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.

~ Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya
seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari
seribu kali.

~ Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai
bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan
serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari,
sekurang-kurangnya sebuku roti.


Kelebihan lain pada Rejab:

~ Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab
Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

~ Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam
Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

~ Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah.

~ Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala


Ramadan bulan menuai.

~ Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan
menyucikan roh.

~ Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala
Ramadan menggandakan kebajikan.

~ Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan
dilimpahi pahala amalan yang banyak.

~ Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan
Ramadan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

~ Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

~ Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir

~ Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

~ Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-
Nya

~ Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah
Islam lain.


Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:

~ Israk dan Mikraj (27 Rejab)

~ Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

~ Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.


Doa pada Rejab:




Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami
ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada
Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.


Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau
yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku
dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada
padaku.

Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku
mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat
mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.


Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya

Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan
melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...