Kopi Masin

Kopi Masin. Kisah Sebuah Kebohongan Yang Terindah.



Seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis di sebuah keraian, gadis itu tampil dengan cantik yang luar biasa.Ramai lelaki yang mencuba mengurat gadis tersebut. Pemuda itu yang sebenarnya penampilannya biasa sahaja dan tidak ada gadis yang memerhatikan dia.

Tetapi semasa keraian tersebut habis,dia memberanikan diri mengajak gadis cantik itu untuk keluar minum. Gadis cantik tersebut agak terkejut dengan pelawaan itu, tapi kerana kesopanan pemuda itu, gadis itu sanggup menerima pelawaan pemuda tersebut.

Cagaran bank

Ajoi pergi ke Bank Rakyat untuk meminjam wang sebanyak RM5000. Pegawai Bank bertanya, “Nak buat apa wang sebanyak itu En Ajoi?”

“Saya nak buat berniaga, beli barang di KL dan menjualnya di kampung,” jawab Ajoi.

“Apa yang En Ajoi ada sebagai cagaran?” tanya Pegawai Bank.

“Saya tak faham, apa itu cagaran?”

“Sesuatu yang bernilai, yang akan menutupi kerugian pinjaman jika En Ajoi tidak boleh membayar ke bank. En Ajoi ada kereta?”

“Ya, saya ada Wira tahun 1998.”

Perokok yang kaya

Ajoi berjumpa doktor kerana batuk-batuk

Ajoi: Selamat pagi doktor…

Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?

Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.

Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?

Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok.

Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?

Ajoi: 1 hari lebih kurang sebungkus dan saya merokok sudah 15 tahun.

Printer Salah Warna

Ajoi baru beli printer dari sebuah IT Mall. Balik ke rumah dengan ghairahnya dia memasang printer tersebut dan sekali install jer Ajoi berjaya print beberapa keping gambar.
Tapi Ajoi pelik setiap kali ada warna kuning mesti tak jadi warna kuning. Yang keluar ialah warna cyan dan magenta jer.

Telah cuba berpuluh kali, Ajoi mula geram dan dibeleknya resit pembeliannya tadi dan menelefon kedai tadi. Customer service yang bernama Sumardi sedang asyik melayan blog isuhangat semasa telefon kedainya berdering.

Jangan copy kalau tak pandai paste

Ajoi mendengar ceramah motivasi dari motivator terkenal di Malaysia.

“Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!”
Penonton terdiam dan terkesima
“Dia ialah ibu saya!”
Penonton semua bertepuk dan memuji-muji motivator tersebut.

Balik rumah, Ajoi cuba meniru teknik motivator tadi kepada isterinya
“Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!”
Belum sempat Ajoi menyambung, isterinya dah melenting.

Alkisah Orang Asli & Cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina diatas pokok…2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingka atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.

Orang Bodoh vs Orang Pintar



Orang bodoh sukar mendapat pekerjaan, akhirnya berniaga…
Bermula dari bawah,modal kecil akhirnya perniagaannya berjaya
Agar perniagaannya terus maju, dia mengambil pekerja yang terutamanya orang yang pintar dan mempunyai kelulusan.
Akhirnya boss orang pintar adalah orang bodoh.

Detailnya Isteri Simplenya Suami



DIARI ISTERI

Malam minggu – Dia bersikap pelik, tadi kami berjanji bertemu di Restoran Mamak. Aku seronok shopping dengan kawan- kawan aku sehingga aku terlambat sampai di restoran. Dia hanya diam tanpa memberi komen Dia mengajak aku berbual namun suaranya tidak begitu jelas kerana suasana yang bising. Kemudian aku mengajaknya dia berjalan ke kerusi di taman tepi restoran tadi yang agak lengang supaya perbualannya dapat disambung. Tapi sampai di sana dia tidak menyambung apa yang dia cakap tadi. Dia diam dan duduk agak renggang dengan aku.

Aku tanyakan ” Bang, ada apa yang saya buat salah” , dia menjawab “tak ada pape….”. Aku tanyakan apakah kesalahannku yang membuatkan dia marah. Dia kata perkara itu tidak ada kaitan dengan aku dan minta aku tidak perlu bimbang.

7 cara bagaimana untuk mengatasi kegagalan

kejayaan

Cara pertama untuk mengatasi kegagalan: membina kemahuan membara yang amat kuat.

Kemahuan membara = keinginan mahu berjaya yang amat kuat.
Kuat yang cemana?

Bayangkan Anda lemas di dalam sungai yang sangat dalam kemudian tangan dan kaki Anda terkapai-kapai mengambil nafas. Anda rasa oksigen dalam rongga nafas Anda dah semakin sedikit.

Rahsia cinta – bahagiakan orang lain

Bahagiakan orang lain untuk kita bahagiakan diri sendiri. Sebelum kita menerima cinta, kita kena berikan cinta terlebih dahulu pada insan lain.

Bila mereka menikmati cinta yang kita beri, sebagai balasan mereka akan memberikan cinta mereka pula kepada kita. Akhirnya, kita yang memberi cinta pada awal tadi sekarang ini sudah menerima cinta.

Proses ini berlaku mengikut hukum sebab dan akibat. Setiap perbuatan kita mendatangkan kesan tersendiri.

Ini Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda [Sebab 3]



Sebab ketiga kenapa masalah diturunkan pada Anda adalah kerana perbuatan kurang baik pada orang lain. Jika Anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat.
Jika Anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang Anda sakiti tu teraniaya, hidup Anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa Anda digalakkan berbuat baik kepada orang lain kerana kesan dari sikap berbuat baik itu, hidup Anda di limpahi rahmat dan di sinari keberkatan. Ia adalah balasan Tuhan kerana perbuatan baik Anda pada orang lain. Andai kata hidup Anda sekarang ni bermasalah, kaji balik apa yang Anda dah buat sebelum ni. Mesti ada seseorang yang Anda dah sakiti hatinya.

Ini Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda [Sebab 2]


Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Masalah diturunkan sebagai balasan atas dosa-dosa Anda. Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar.

Ini Sebab Kenapa Tuhan Turunkan Masalah Pada Anda [Sebab 1]



Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah.

Gambar Hujung Dunia????

Nak tengok gambar hujung dunia?

gambar hujung dunia


Raja Yang Gemuk


*Gambar Hiasan

Ada seorang raja yang mengalami masalah badan yang terlalu gemuk. Oleh kerana saiz badannya begitu, dia mendapat banyak penyakit.
Hampir semua doktor dan bomoh di seluruh negeri jajahannya telah di panggil untuk mengubati penyakit Raja. Tapi, penyakit itu tak sembuh-sembuh juga.
Cuma tinggal seorang bomoh yang belum di panggil, itupun kerana dia dikenali dengan berfikiran berbeza dan kadang-kadang tidak logik. Tapi, oleh kerana tidak ada pilihan lain lagi, maka di panggillah bomoh yang dianggap setengah gila ini.

Maka datanglah bomoh itu kepada Raja. Bomoh tersebut masuk dan memeriksa tapak tangan Raja tersebut, tiba-tiba dia berlari keluar dari bilik raja dengan wajah ketakutan. Maka, dia di kejar oleh pengawal istana, dan ditanya tentang penyakit Raja. Tapi, bomoh setengah gila ini tak mahu menjawabnya, meskipun telah dipujuk berkali-kali.

Lawak Drebar Jam Dinding


Ada sekali tu ketua kampung orang asli tu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah -olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Fakta Untuk Lulus SPM


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri

Artikel ini dikutip dari portal Darussyifa.

Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;

Apakah Erti Maulidur Rasul ? Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 2011


 

Assalamua'laikum. Abaikan hari Valentine's Day, sambutlah hari Maulidur Rasul. Terasa diri ni jauh dari kehidupan sebenar. Tekad untuk berubah tu memang ada, dan sekarang ni lah masa nya untuk mengubah segala-galanya. Tak perlu tunggu esok atau lusa, sebab mati tak mengenal usia. So, Hari  ini Misz Ayu nak berpesan-pesan sesama Islam agar menghindari daripada menyambut hari yang diharamkan dan marilah kita dengan penuhi hari ini dengan menghayati apa erti HARI MAULIDUR RASUL !!

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Gambar-Gambar Menarik Semasa Banjir

Gambar-gambar menarik,pelik,lawak,unik dan pastinya hangat semasa banjir.
Photobucket

Ular membantu katak dalam banjir. Mungkin ada yang mengatakan gambar yang diedit dengan Photoshop tapi gambar banjir yang sedang hangat diperkatakan di akhbar Australia.
Biasanya katak dan ular secara tradisinya menjadi musuh ketat seperti dalam lagu Bangau oH Bangau. Di Quensland yang turut mengalami banjir yang teruk baru-baru ini, seorang juruteknik komputer,Armin Gerlach semasa melawat kawannya yang terkena banjir di Dalby merakamkankan gambar di atas bagaimana haiwan saling membantu walaupun musuhnya semasa banjir. Sumber:news.ninemsn.com.au

Teknik Menyelamatkan Diri Dari Diperkosa



Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”

Kawan Mangsa: ” ishh ngerisnya…”

Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”

Kawan Mangsa: “saspen nih”


Pepatah songsang



1.Pembohongan apabila terus dipertahankan,satu hari nanti akan menjadi kebenaran

2.Tangan di atas lebih baik daripada kaki di atas

3.Hidup itu seperti roda yg berputar, kadang di atas kadang dibawah, tapi kadang-kadang di bawah lebih lama, kerana masa tu lampu merah.

Kenapa semut berhenti ketika berjumpa rakan


Mengapa semut berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut yang lain?
Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.

Index Al-Quran

Photobucket

Saya nak kongsi file ni, sebuah file Office Excell yang mengandungi:
- 30 Juzuk makna Al-Quran dalam Bahasa Melayu
- Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan Iman, Ilmu, Bangsa-bangsa terdahulu, Sejarah, Al-Quran,Akhlak dan Adab, Ibadah, Makanan dan Minuman,Pakaian dan Perhiasan, Hukum Peribadi, Muamalat, Keadilan, Hukum Jenayah Dan Jihad.

Sebuah fail yang mesti anda miliki sebagai rujukan. Semoga yang membuat fail ini mendapat pahala yang berterusan.
(Window baru)

* Tak perlu minta izin untuk share atau copy.

DOWNLOAD DI SINI

Wahai anak Adam!



Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu.

Jari Kelingking Raja


Alkisah di sebuah kerajaan bernama Ntahdimanantah, seorang raja memiliki kegemaran berburu. Suatu hari, dengan ditemani penasihat dan pengawal-pengawalnya, raja pergi berburu ke hutan. Oleh kerana kurang hati-hati dan memang dah ditakdirkan, jari kelingking raja terkena pisau yang sangat tajam sehingga jari kelingkingnya putus..
Raja bersedih dan meminta pendapat dari penasihatnya.

Doa Minta Jodoh



Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Doa Minta Jodoh



Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.

Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…

Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S

Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik


Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.

Kaabah adalah pusat bumi

isu hangat

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

Remeh Temeh Cerai


Saya menerima artikel ini dari email blalang_group@yahoogroups dari seseorang yang bernama TeMaN untuk dikongsi dengan anda. Kredit kepada penulis.
Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...