Cara pertama untuk mengatasi kegagalan: membina kemahuan membara yang amat kuat.
Kemahuan membara = keinginan mahu berjaya yang amat kuat.
Kuat yang cemana?
Bayangkan Anda lemas di dalam sungai yang sangat dalam kemudian tangan dan kaki Anda terkapai-kapai mengambil nafas. Anda rasa oksigen dalam rongga nafas Anda dah semakin sedikit.
Anda panik dan semakin kuat menggerakkan tangan dan kaki untuk naik ke permukaan supaya Anda boleh bernafas. Cemana kuatnya keinginan untuk bernafas ketika itu, camtu lah kuatnya keinginan Anda nak berjaya. Mesti kuat.
Niatkan kejayaan Anda sebagai cara untuk Anda tebus balik kegagalan-kegagalan Anda di masa lalu. Kesannya, Anda akan bermotivasi. Anda akan menjadi semakin bermotivasi untuk menghadapi cabaran yang lebih tinggi tahapnya.
Jangan kemahuan membara sehari dua saja. Mesti membara tiap hari.
Minda kita ni kuat kuasanya, tapi ia hanya akan patuh pada ‘tuan’ yang kuat keinginannya.
0 comments:
Post a Comment