Ajoi pergi ke Bank Rakyat untuk meminjam wang sebanyak RM5000. Pegawai Bank bertanya, “Nak buat apa wang sebanyak itu En Ajoi?”
“Saya nak buat berniaga, beli barang di KL dan menjualnya di kampung,” jawab Ajoi.
“Apa yang En Ajoi ada sebagai cagaran?” tanya Pegawai Bank.
“Saya tak faham, apa itu cagaran?”
“Sesuatu yang bernilai, yang akan menutupi kerugian pinjaman jika En Ajoi tidak boleh membayar ke bank. En Ajoi ada kereta?”
“Ya, saya ada Wira tahun 1998.”
Pegawai bank menggelengkan kepalanya dan bertanya lagi, “Apa lagi harta En Ajoi ada?”
“Saya ada 10 ekor lembu”
“Berapa umurnya?”
“Saya tak tahu, tapi sekarang banyak yang takde gigi lagi.”
Akhirnya, pegawai bank tersebut memberikan juga pinjaman kepada Ajoi.
Tiga minggu kemudian, Ajoi datang kembali ke bank tersebut. Dia membuka sebuah beg usangnya dan mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar hutangnya.
“Ini duit untuk membayar hutang saya,” katanya sambil memberikan semua duitnya.
“Tapi En Ajoi, ini banyak sangat, melebihi jumlah yang En Ajoi perlu bayar. Bagaimana dengan selebihnya, apa yang akan En Ajoi buat?”
“Saya simpan di rumah saya jer.”
“Kenapa duit En Ajoi tidak disimpan dalam bentuk akaun simpanan tetap sahaja di bank?”
“Saya tak faham, apa itu akaun simpanan tetap?”
“Maksudnya, En Ajoi simpan wang En Ajoi di bank, dan akan dapat faedah setiap bulan.”
“Boleh, tapi apa cagaran yang anda mahu berikan?”
0 comments:
Post a Comment