Assalamualaikum…Entry kali ni bukanlah nak bercerita pasal Upin & Ipin yang kat atas nih ha…Cuma nak berkongsi 9 kelompok manusia di akhirat kelak selepas kita semua dihimpunkan. Mari kita sama-sama berkongsi.
Diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW tersedu-sedu menangis apabila diajukan soalan oleh Mu’az berkenaan keadaan manusia apabila dihimpunkan di akhirat sehingga air mata Baginda membasahi pakaian Baginda sendiri. Baginda menyatakan bahawa:
- Kelompok Pertama – Mereka yang dibangkitkan dari alam kubur tanpa tangan dan kaki akibat mengganggu dan menyakiti jirannya.
- Kelompok Kedua – Mereka yang dibangkitkan dari alam kubur dan memiliki bentuk seperti babi hutan akibat dari meremehkan solat atau lalai dalam solatnya.
- Kelompok Ketiga – Mereka yang dibangkitkan dalam keadaan perut sebesar bukit, penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka juga kelihatan seperti keldai dan ini adalah akibat dari mereka yang suka menangguhkan pembayaran zakat.
- Kelompok Keempat – Mereka yang dibangkitkan dari alam kubur dalam keadaan mulut yang masih mengeluarkan darah yang segar akibat dari perbuatan dusta dalam jual beli.
- Kelompok Kelima – Mereka yang dibangkitkan dari alam kubur dalam bentuk angin yang berbau busuk antara manusia akibat dari perbuatan suka merahsiakan perbuatan maksiat kepada masyarakat dari terbongkar.
- Kelompok Keenam – Mereka yang dibangkitkan dari kubur dengan tiada lidah dan darah serta nanah mengalir melalui rongga mulutnya akibat dari menjadi persaksian yang palsu.
- Kelompok Ketujuh – Mereka yang dibangkitkan dari alam kubur dalam keadaan terbalik, kepala di bawah dan kaki di atas akibat dari perbuatan zina dan tidak sempat bertaubat sebelum habis ajal.
- Kelompok Kelapan – Mereka yang dibangkitkan dari alam kubur dengan berwajah hitam, mata biru dan peru yang penuh dengan bola api akibat dari perbuatan memakan harta anak yatim.
- Kelompok Kesembilan – Mereka yang dibangkitkan dari alam kubur dengan mata dan hati yang buta. Giginya seperti lembu jantan, bibirnya menjulur ke dada, lidahnya memanjang sampai ke perut bahkan sampai ke paha. Ini adalah akibat dari perbuatan meminum arak.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian dari dakkecik pada pagi Jumaat nih. Semoga sama-sama mendapat manfaat dan silalah kongsi entry nih dengan rakan-rakan yang lain. Wassalam
0 comments:
Post a Comment