Apabila Putus Cinta Di Facebook



Dunia facebook sekarang ini memberi impak yang besar kepada remaja atau yang tak berapa remaja yang bercinta. Masa bercinta sakan, sungguh bangga mengupload gambar bergesel pipi walaupun bukan muhrim di facebook dan kemudian kawan-kawan lain akan mengucapkan tahniah dan berdoa (di fb?) semoga korang bahagia.

Tentu anda bahagia sakan apabila seluruh dunia tahu akan percintaan anda. Ntahlah, semasa admin bercinta dulu jangankan FB,internet pun belum ada lagi.
Bagaimana pula kalau hubungan cinta anda dan kekasih anda putus? Apa nak buat di FB?



Tukar Status
Ketika baru memulakan hubungan dengan seseorang (belum confirm), anda akan dengan senang hati menggantikan status anda dari ‘single’ menjadi ‘in a relationship with’. Namun, perkara ini akan berbeza jika anda baru saja berpisah dari pasangan anda, akan terasa sangat berat untuk menggantinya kembali menjadi ‘single’.

Akan lebih perit lagi ketika perubahan status itu akan dikomen oleh teman facebook anda yang lain. Anda pun akan merasa sangat tertekan jika menjawab semua pertanyaan teman anda.
Jika ingin menghindari berbagai macam pertanyaan pasal perubahan status ini, anda dapat menyembunyikan status hubungan, lalu menggantinya dengan ‘single’. Perubahan status anda pun tidak akan terpost di newsfeed teman anda sehingga anda tidak perlu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang ingin anda elakkan tadi.

De-tagging
Perkara ini bergantung seberapa besar rasa sakit hati yang disebabkan oleh perpisahan tersebut.Anda mungkin terlalu sakit hati sehingga membuat keputusan untuk menghapus tag malah gambar tersebut dari akaun anda.

Mungkin perkara ini akan membantu kerana anda tidak lagi dapat membaca koment-komen orang tentang gambar itu atau melihat kemesraan anda dan bekas pasangan dalam gambar tersebut.

Update di status
Semasa perasaan yang tidak menentu, anda akan mencari pelarian untuk menenangkan hati. Kadang-kadang fasiliti dalam laman sosial ini seperti status update menjadi ubat sakit hati paling ampuh.

Namun, anda tidak akan menyangka bahawa mencurahkan apa yang dirasakan boleh menjadi boomerang bagi anda dan memperburuk hubungan anda dengan bekas kekasih anda.

Agar anda tak semakin tersiksa, sebaiknya cubalah melupakan bekas kekasih anda. Apa yang anda lakukan semasa memutuskan untuk berpisah sudah tidak ada sangkut paut lagi dengan bekas kekasih anda itu. Jangan hanya kerana takut akan merosakkan hubungan dengannya, anda harus tenggelam dalam kesepian,serta takut mencurahkan apa yang anda rasakan.

Kerana itulah gunanya Facebook, anda bebas berekspresi, menulis segala pendapat yang ada di fikiran anda, dan mendapatkan feedback dari teman-teman anda. Anda pun tidak akan merasa kesepian bahkan hubungan anda dengan teman-teman lain mungkin akan semakin erat.

Akan tetapi, semua tetap ada batasannya. anda tentu tidak ingin dicap sebagai wanita/lelaki murahan kerana memaki-maki orang dengan bahasa yang kasar pada status update anda. Curahkan apa yang anda rasakan dan ada difikiran anda dengan menggunakan bahasa sopan.

Unfriend pada facebook
Berhentilah selalu melihat akaun Facebook bekas kekasih anda. Melihatnya hanya akan membuat anda lebih sakit hati, apalagi jika si dia menuliskan perkara-perkara mengenai kehidupan barunya dengan kekasih baru.
Jika tidak sanggup , ada baiknya anda unfriend bekas kekasih anda tersebut. Ini bukan bererti menghapus persahabatan anda dan bekas kekasih anda di dunia nyata. Semua ini tentu dilakukan atas dasar keinginan anda untuk melupakan luka masa lalu dan mencuba membuka diri untuk masa depan anda

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...