Perbezaan Berubat Dengan Doktor Dan Bomoh



Hari ni di muka depan Harian Metro Selatan, adik-beradik ditipu RM63,000 oleh seorang bomoh yang mengaku boleh menarik harta warisan datuk neneknya yang bernilai berjuta-juta dari alam ghaib.

Nampak sangat orang kita masih percaya dengan bomoh-bomoh dan  perkara-perkara mistik ni. Namun jika kita terkena gangguan jin, syaitan dan makhluk ghaib dan disahkan ‘tiada penyakit’ oleh Doktor, berubatlah dengan Ustaz yang mengamalkan Ayat Al-Quran.


Perbezaan Berubat Dengan Doktor Dan Bomoh

1. Sebelum Berubat

Doktor: keadaan awak sebelum ni macamana? Batuk-batuk ada lendir tak?
Bomoh: keadaan kamu sebelum berubat ni macamana? Putus cinta, patah semangat, sakit hati/dendam.

2. Proses Pengubatan
Doktor: dengan cara membaca suhu badan, baca denyutan nadi, menyuntik…
Bomoh: dengan cara mulutnya komat-kamit kemudian disembur dengan air ludahnya


3. Pembantu
Doktor: ditemani oleh jururawat yang memakai uniform putih yang cantik
Bomoh: ditemani oleh yg memakai baju putih juga ..tapi rambutnya serabai tak terurus

4. Peraturan
Doktor: menghisap rokok di dalam klinik, mahu kena halau keluar
Bomoh: menghembuskan asap kemenyan diruang pengubatan Bomoh, yang membuat orang-orang lain keluar.

5. Susu
Doktor: Untuk menguatkan tulang, anda digalakkan meminum susu.
Bomoh: Untuk membuat ramai lelaki tergoda pada anda, digalakkan memakai ‘susuk’

6. Nasihat
Doktor: Tidak boleh membeli makanan di tempat yang lauknya terdedah nanti kena lalat, basuh tangan dengan sabun
sebelum makan…
Bomoh: Tidak boleh lalu bawah ampaian baju, tidak boleh kencing sebarangan…

7. Proses Pembelajaran
Doktor: harus tabah belajar dan stress bertahun-tahun..
Bomoh: harus tabah bertapa dan kelaparan bertahun-tahun..

8. Tawaran Khas
Doktor: Jika anda mahu mengandung, boleh cuba ke klink kawan saya di bla..bla..bla..sambil memberi namecard.
Bomoh: Bomoh akan kasi anda ramuan pengikat jiwa yg mesti diminum oleh pasangan anda, kalau susah sangat anda boleh bela jin ni seekor tolong tengokkan suami anda supaya tak cari perempuan lain.

9. Setelah Berubat
Doktor: semasa pulang, kita akan dibekalkan ubat-ubat dan kemudian disuruh makan 3X sehari.
Bomoh: pulang Berubat kita akan dibekalkan kertas tulisan mentera ntahapa-apa, dibekalkan kemenyan yang perlu dibakar pada malam jumaat dan bunga-bunga yang disuruh di bawa mandi tengah malam.

Teknik Jika Tertinggal Cermin Mata



Tentu amat sukar jika anda yang memakai cermin mata tetapi tidak ada cermin mata kerana pecah,hilang atau lupa membawanya dan sebagainya terutama bagi orang yang sudah berumur 40 ke atas.

Contohnya semasa kita berada disebuah supermarket ingin melihat harga yang tertera pada barang yang akan kita beli. Yang mana hurufnya kecil, kita tidak membawa cermin mata.

Dalam keadaan darurat ini ada satu cara untuk mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik “Pinhole Effect”. Prinsip efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata (kelainan penurunan penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.

Photobucket

Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat dari sebuah kedbod kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada kadbod tipis atau kertas tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pulpen. Sehingga kita dapat mengintip melalui celah lubang tersebut. Dikatakan huruf yang kecil akan nampak!
Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu membuat kertas berlubang kecil tadi ialah dengan menggunakan tangan kanan kita.

Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas berlubang tadi.

Photobucket

Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat dibaca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat.

Gambar Anak-anak Yatim Al-Taqwa Hulu Langat Sebelum Tragedi Tanah Runtuh

Sayu hati ini melihat gambar kanak-kanak sebelum kejadian tanah runtuh di Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat yang mengorbankan 16 kanak-kanak dan 9 lagi tercedera.

Lihatlah wajah-wajah ceria kanak-kanak ini terutamanya si kecil yang berada dihadapan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kanak-kanak yang telah kembali kepadanya.

*kredit gambar to Zoom Artis

(Video) Maharaja Lawak minggu 8

Salam... seperti yang diketahui ramai... R2 dah di undi masuk oleh penonton dan Man telah tersingkir pada Gelanggang Maharaja Lawak 8 semalam... Ape2 pon korang tengok video2 persembahan dorang semalam ok... Enjoy!!!


 ~ PEMBUKAAN



1. JOZAN



2. SEPAH



3. NABIL



4. JAMBU



5. MAN



6. BALAS



7. R2



~ PENYINGKIRAN
 

Dosa Mendedahkan Aurat 2


Seorang lelaki terpandang aurat wanita, maka tidak berdosalah atas keterpandangan tanpa sengaja itu ,(beristigfarlah) dan berdosalah wanita yang tidak menutup aurat itu terima..(jika seorang)

Dan sekiranya lelaki bukan terpandang,( tetapi memandang), maka... berdosalah dia atas kadar pandangan (yg tidak dijaga) itu terhadap wanita tersebut. Dan dosa wanita yang memperagakan perhiasan kecantikannya kepada lelaki yang memandang (aurat didepan bukan mahram) maka, berkadaran dua kali ganda jugalah yang dia akan terima..(jika seorang)

Dan jika anda mendedahkan aurat semasa anda beraktiviti di luar rumah, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan dilihat oleh 400 pasang mata sehari,, Berapa banyak dosa yang anda dapat dalam setahun??

Hayatilah peristiwa yang diceritakan Rasullah kepada puterinya Fatimah dan menantunya Ali Karramallahu wajhah mengenai wanita yang diseret ke neraka apabila baginda ditanya mengenai pengalaman Isra' Mikraj.

=================

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

Hadis Penuh di SINI

Dosa Mendedahkan Aurat 1


Allah berfirman di dalam Alquran:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur: Ayat 31).

Tambahan penjelasan bagi 12 Orang di atas

- suami mereka [tanpa batasan aurat], ayah mereka, ayah suami mereka (Mertua), putra-putra mereka (Anak2 lelaki), putra-putra suami mereka(anak2 tiri suami), saudara-saudara laki-laki mereka (Adik beradik), putra-putra saudara laki-laki mereka(Anak- anak lelaki kpd Abg atau adik), putra-putra saudara perempuan mereka(Anak-anak lelaki kpd Kakak atau adik), wanita-wanita Islam (wanita Muslimah), budak-budak yang mereka miliki(Hamba- hamba sahaya), pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) dan anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

*Aurat wanita Selain Dari orang yg 12 di atas adalah tidak boleh bersentuhan kulit, kedua belah tapak tangan dan muka.

Imam Baghawi mengatakan: Yang dimaksudkan dengan perhiasan di sini ialah: perhiasan yang tersembunyi, yakni: gelang kaki, inai di kaki, gelang di pergelangan tangan, anting-anting dan kalung. (Tafsir Baghawi 6/34)

Kesimpulan, yang halal didedahkan kepada mahram dan kepada wanita ialah anggota-anggota yang boleh diletakkan perhiasan padanya secara ghalib.

Contohnya:

* Tengkuk kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu kalung.
* Lengan kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu gelang.
* Kaki kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu inai.
* Betis kerana ia boleh diletakkan gelang kaki.
* Kepala kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu anting-anting di telinganya dan lain-lain.

Manakala anggota yang tidak ada perhiasan, maka tidak boleh didedahkan seperti: dada, paha, perut, dan yang seumpamanya. Anggota-anggota itu hanya khas untuk suami sahaja. (Fatawa Syeikh Masyhur Ali Salman)

ANTARA PERSOALAN YG TIMBUL

SOALAN:
Minta penjelasan mengenai hukum seorang perempuan berambut pendek tetapi dia bertudung litup. Adakah ianya menyerupai kaum lelaki dengan berambut pendek?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


- Tidak halal bagi wanita memotong rambutnya sehingga menyerupai lelaki. Kerana syarak melarang wanita menyerupai lelaki, dalam hadis:

لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم المتشبهات بالرجال من النساء والمتشبهين بالنساء من الرجال

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat wanita yang meyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4099) dan Tirmizi (no: 2784). Dinilai sahih oleh Tirmizi.

Kata Syeikh Uthaimin: Perbuatan wanita memotong rambut sehingga menyerupai lelaki adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.

- Hukum ini tidak berbeza antara yang mendedahkan rambutnya d hadapan orang lain, atau tidak mendedahkan rambutnya. Bagi yang mendedahkan rambutnya, dosanya lebih besar kerana membuka aurat.

**Adapun memotong rambut yang panjang supaya menjadi lebih pendek, tanpa menyerupai lelaki maka tidak ada larangan daripada syarak.

Dalam Sahih Muslim:

وكان أزواج النبي صلى الله عليه و سلم يأخذن من رؤوسهن حتى تكون كالوفرة

Maksudnya: Para isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti 'wafrah' (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga). (Sahih Muslim no: 320).

Kata Imam Nawawi: Hadis ini menunjukkan harus menipiskan rambut wanita, Wallahu A'lam. (Syarah Sahih Muslim 4/5)

SOALAN:

Adakah benar aurat anak lelaki yg sudah baligh dgn ibunya adalah sama spt aurat anak itu dgn org lain?maknanya auratnya adalah antara pusat dan lutut?

Adakah ia juga terpakai terhadap anak perempuan dgn ayahnya?

1) Seorang yang sudah mukallaf (aqil, baligh) haram mendedahkan auratnya kecuali di hadapan isterinya dan hamba sahayanya. Maka tidak boleh mendedahkan auratnya di hadapan ibunya atau kakak-kakaknya.

Sabda Nabi SAW:

احفظ عورتك إلا من زوجتك أو ما ملكت يمينك

Maksudnya: Jagalah aurat kamu kecuali terhadap isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki. Direkod oleh Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain.

2) Berkenaan dengan aurat wanita dengan ayah kandung pula, Quran telah menjelaskan:

ولا يبدين زينتهن إلا لبعولتهن أو آبائهن أو آباء بعولتهن أو أبنائهن أو أبناء بعولتهن أو إخوانهن أو بني إخوانهن أو بني أخواتهن أو نسائهن أو ما ملكت أيمانهن أو التابعين غير أولي الإربة من الرجال

Maksudnya: Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (Al-Nur:31). .

Anggota-anggota yang boleh menerima perhiasan seperti rambut, tangan, kaki, betis, bahagian atas dada, harus didedahkan kepada mahramnya selagi tidak membawa fitnah lain. Manakala anggota yang tidak boleh menerima perhiasan, seperti perut, paha, dan dada hanya khas untuk suaminya sahaja.

Wallahu A'lam.


SOALAN:

Saya ada kemuykilan tentang pereka fesyen nih..

1) Apa hukumnya fashion designer islam membuat baju yg mendedah aurat
kat non muslim??

2) Kalau non muslim tempah baju kat fesyen designer muslim..boleh x kita buat utk dia??(baju yg dia suruh buat tuh dedah aurat jugak)

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam situasi membuat atau me-reka cipta baju yang mendedahkan aurat wanita non-muslim, walaupun yang memakainya merupakan wanita non-muslim, akan tetapi, yang melihat wanita tersebut kemungkinan besar terdiri dari LELAKI muslim juga. Lelaki muslim tetap haram melihat aurat wanita muslim ataupun non-muslim. Jangan kita melibatkan diri dialam kerja-kerja yang secara tidak langsung membantu maksiat.

Firman Allah swt :-

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) " [surah al-Maaidah : 2]

------------ ------
Berikut kami petikan fatwa Syeikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Shinqiti, Pengarah Pusat Islam di South Plains, Lubbock, Texas :

Cara kita bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan kita bakat ialah dengan menggunakannya kearah apa yang telah diajarkan. Mereka yang beriman seperti Nabi Sulaiman as. meletakkan semua yang dia ada kepada Allah dan memahami bahawa mereka diuji oleh Allah, sebagaimana firmannya :-

"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. " [Al-Naml : 40]

Di pihak lain pula, mereka yang tidak beriman akan meletakkan apa yang mereka ada keatas akal dan fikiran mereka. Qarun merupakan contoh terbaik sebagaimana firman Allah swt :-

"Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya) . " (Al-Qasas 28:78)

Sahabat anda merupakan orang yang beriman sebagaimana dia mengatakan bahawa Allah telah memberikannya bakat, maka apa yang perlu dia lakukan adalah menggunakannya kejalan yang Allah redha dan melahirkan kesyukran kepadaNya. Mencipta baju yang tidak dibenarkan didalam Islam BUKANlah cara sahabat anda melahirkan tanda kesyukarannya kepada Allah. Saya menasihatkan dia agar membuat atau mencipta pakaian Islam yang dapat menarik orang ramai dan menjadikan mereka menyukai fesyen pakaian Islam. Dengan cara ini, dia akan mengkombinasikan misi pribadinya dan juga perniagaannya.


Analogi ini juga boleh kita lihat kenapa Islam mengharamkan kita menjual khinzir dan Arak kepada Non-Muslim.

Ia berdasarkan Sabda Nabi :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

"Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu, dia juga mengharamkan harganya" [DiRiwayatkan oleh Imam Ahmad, Sahih al-Jami'].

Bahan Haram Dalam Roti Dan Pau

Sebab itu adalah menjadi fardhu kifayah umat Islam membuat perniagaan makanan di Malaysia. Kalau tidak sektor permakanan di kawal oleh orang bukan Islam dan perkara-perkara begini akan berterusan.



Protein rambut dalam roti, pau

Oleh Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.

Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.


Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.

Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.

Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.

“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.

“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro

Penyokong Bolasepak Berjemaah di Stadium

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.



Gambar oleh Afendy Latif

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

“Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya.”
(QS Asy Syams 91:8).

“Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”
(QS: Al-Baqarah 2:185)

Bapa Bunuh Anak Setelah Update Status Facebook



Mungkin, update status Facebook lelaki ini adalah salah satu yang paling mengerikan. Dia menulis ’bout to kill ma kid’ atau kurang lebih bermaksud ‘aku akan membunuh anakku’.

Lebih mengerikan lagi, lelaki asal Australia bernama Ramazan Acar ini benar-benar mewujudkan ancamannya. Dia dengan kejam menikam anaknya yang baru berumur 2 tahun berulang kali, sesaat setelah menulis update status facebooknya.

Anaknya bernama Yazmina Acar maut ketika itu juga. Perbuatan yang dilakukan akhir tahun lalu ini dibicarakan dalam proses pengadilan di Australia baru-baru ini.

Kejadian tragik itu bermula ketika mangsa dijaga oleh ibunya yang juga bekas pasangan tertuduh, Rachella D’Argent. Ketika ayahnya datang untuk membawa anaknya, Rachella sama sekali tidak menaruh perasaan curiga.

Namun keduanya tidak kembali lagu. Acar mengirim pesan pesan pada Rachella bahawa dia akan membunuh anak mereka dan akhirnya merealisasikannya. Kemungkinan Acar sakit hati dengan perpisahan mereka.

Acar menikam anaknya sendiri di bahagian dada dan perut. Sesudah meninggal, mangsa kemudiannya dibuang. Dia kini sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah.

Jika Kita Merasakan KehebatanNya

Tazkirah Jumaat, tulisan saudara Rosli.


Kehebatan Tuhan itu jauh lebih dari seekor harimau. Jika Allah hendak bertindak ke atas kita, Allah tidak akan bertangguh. Dia boleh buat dalam sekelip mata. Mengapa kita tidak terasa kehebatan Tuhan yang amat jauh lebih hebat dari harimau itu?

Seandainya kita sentiasa merasakan kehebatan Tuhan di dalam hati, dan perasaan bertuhan itu kita bawa ke mana-mana, kita tidak akan makan rasuah, jatuhkan orang lain dan lain-lain. Sebagaimana kalau harimau ada di depan kita, apakah masih sempat untuk bergaduh? Tentu tidak. Segala-galanya hilang, yang ada dalam hati ialah perasaan takut akan ‘kehebatan’ harimau itu.

Mengapa tidak rasakan Tuhan begitu? Tuhan yang nyawa kita kalau Dia tarik satu urat pun, kita sudah tidak mampu hendak hidup. Sebab itulah dikatakan Tuhan itu Maha Besar. Di hari ini, orang yang ikut Islam pun sudah kehilangan Tuhan, sebab itu Tuhan biarkan umat Islam seluruh dunia diratah-ratah oleh musuh. Manusia sudah terlalu longgar hubungannya dengan Tuhan, sekalipun dalam solat. Sedangkan ketika solatlah sepatutnya rasa bertuhan itu benar-benar dihayati dan dirasai.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Cukup 2 rakaat solat sunat tapi memberi kesan pada peribadi daripada beribu-ribu rakaat tetapi tidak memberi kesan.”

Ketahuilah wahai rakan-rakanku kita sebenarnya memerlukan Allah pada setiap waktu. Allah Ta’ala, adalah Tuhan, Ia segala-galanya. Kalau bukan karena Allah, segala sesuatunya tidak akan ada. Dialah Yang Maha Mengadakan dan Maha Mentiadakan. Allah menciptakan apa saja yang ada di dunia dan akhirat, menjadikan alam yang nyata dan alam yang ghaib, kemudian manusia, haiwan, tumbuhan, dan sebagainya. Setiap makhluk yang Allah ciptakan, masing-masing memiliki sistem kehidupan nya sendiri. Semua hidup mengikuti peraturan nya masing-masing. Sesiapa saja yang tidak hidup dengan peraturan Tuhan, atau menolak sistem Allah pasti binasa, baik jangka pendek maupun panjang.

Kemudian setelah itu, setiap makhluk ciptaan Tuhan sebenarnya tidak pernah lepas dari kuasaNya, ilmuNya, penglihatanNya, pendengaranNya, dan seterusnya. Jadi walaupun sekecil apapun, tiada satu benda di dunia ini yang berada diluar kuasaNya. Semua ada di dalam genggaman Allah Ta’ala. Sama juga dengan usaha yang dilakukan manusia untuk mencapai sesuatu. Usaha manusia tidak terlepas dari kuasa dan kehendak Allah. Kalau Allah inginkan dia gagal, maka gagal lah dia, meskipun dia telah berusaha sekuat tenaga. Adapun orang yang misalkan Allah inginkan dia berjaya tanpa menempuh sebuah usaha, maka hal itu akan terjadi. Karena kehendak Tuhan itu MUTLAK, tiada siapapun dapat menghalangnya.

Sebenarnya, sifat-sifat Maha Berkuasanya Tuhan yang disebutkan tadi, sudah cukup membuat hati kita gentar. Apakah kita tidak takut dengan kuasa Allah, ketika Allah katakan kita miskin, maka kita akan jadi miskin, kalau Allah katakan kita sengsara, maka sengsaralah kita.. Bukankah hal ini cukup menakutkan? Karena ternyata kita tidak punya kuasa apapun ke atas diri kita sendiri. Bahkan misalkan, kalau Allah mau kita tidak dapat menggerakkan sebelah ibu jari kita, hal itu bisa saja terjadi dengan sangat mudahnya. Itulah kehebatan kuasa Allah Ta’ala. Maha Agungnya Tuhan.

Kita sebagai hambaNya, sehebat, sepintar, sekaya apapun diri kita, kita tetap saja hamba Tuhan. Tugas hamba yang sebenarnya ialah mengabdi dengan Tuannya. Bukankah kita telah berjanji bahwa : “hidupku, matiku dan ibadahku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam?” Inilah ikrar yang kita ucapkan 5 kali dalam sehari, dalam solat kita.

Bagaimanakah pertanggung jawaban kita dengan Tuhan? Kemudian, kita sebagai hamba Allah sifat fitrahnya, adalah sangat perlu dengan Tuhan. Bohong kalau seorang manusia itu tidak perlu dengan Tuhan. Tuhan adalah fitrah, hal yang sudah pasti diperlukan oleh manusia. Bahkan orang yang tidak beribadah kepada Tuhan pun, ketika mereka berada dalam kesusahan yang sudah sangat berat, terdesak, yang mereka ucapkan adalah : Wahai Tuhan, tolong aku! Begitulah fitrah setiap manusia, kita sangat perlu dengan Allah, Tuhan kita.

Semestinya kita perlu dengan Tuhan di dalam setiap keadaan. Ketika sakit, sehat, pandai, bodoh, aman, ramai, di setiap waktu, seharusnya kita sangat perlu dengan Tuhan. Jangan anggap kita bisa hidup sendirian, tanpa manusia lain saja kita tidak sanggup, apalagi dengan Tuhan, hidup pun terasa seperti neraka sebelum neraka di akhirat nanti.

Tapi sayangnya, di akhir zaman ini manusia memerlukan Tuhan secara berkala atau bermusim. Manusia kembali kepada Tuhan ketika dirinya sedang ditimpa kesusahan, penderitaan. Ketika saat-saat seperti itu barulah manusia mengadu pada Tuhan. Ada lagi yang lebih sombong, ketika sudah ditimpa ujian kesusahan pun, ia merasa tetap tidak perlu dengan Tuhan, ia merasa dengan kekuasaan yang ia miliki dapat menyelesaikan penderitaan atau masalah yang menimpa dirinya.. Nauzubillah min zalik.

Panduan Menjaga Bateri Laptop



Bateri laptop cepat ‘kong’ memang memberi masalah. Terutama apabila kita nak menggunakan wifi di tempat terbuka. Mesti leceh apabila di saat penting menggunakan laptop, bateri laptop habis.

Berikut saya kumpulkan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk manjaga bateri laptop supaya tahan lama.

1.JANGAN gunakan laptop sambil meletakkan di peha. Bateri laptop akan cepat menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun.

2.JANGAN meletakkan laptop pada permukaan yang lembut. Kononnya pada sofa dan tilam dan sebagainya. Sebab permukaan seperti itu akan mengurangkan aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menimbulkan overheating.


3.JANGAN sampai berlaku ‘contact’ pada kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek yang dibuat dari metal seperti klip kertas,syiling nipis dan sebagainya.

4.JANGAN sampai bateri laptop termasuk laptop itu sendiri diberi tekanan yang berlebihan seperti terjatuh, terhempas, terhimpit atau terhempap oleh benda berat diatasnya. Contohnya dihempapkan dengan buku-buku yang berat. Perkara ini akan mengakibatkan sirkit di dalam bateri kemungkinan boleh berlaku hubungan arus pendek (shorting) yang kemudiannya akan mengakibatkan overheating.

5.JANGAN letakkan laptop di tempat yang sangat panas. Contohnya di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diparking cukup lama di tempat terbuka pada siang hari.

6.JANGAN sampai laptop ataupun bateri terkena air atau basah. Meskipun akan kering dan dapat berfungsi normal. Sirkit di dalam laptop ataupun bateri lama-kelamaan akan berkarat dan boleh juga menjejaskan keselamatan penggunanya.

7.JANGAN sampai anda tidak faham cara menggunakan bateri laptop. Menyimpan dan “mencharge” bateri dan laptop ada di dalam buku manual. Gunakan bateri laptop seperti anda ‘melayan’ bateri handphone.

8.JANGAN mencharge bateri terus menerus setelah bateri telah berisi ‘full’. Namun begitu dikatakan untuk laptop-laptop keluaran terkini sudah mempunyai teknologi yang lebih canggih untuk mengatasinya.

(Video) Maharaja Lawak minggu 7

Assalamualaikum korang... Kite x nak berceloteh panjang... Moh kite terus ke tajuk utama ek... Ape2 pon kite harap korang enjoy himpunan video MAHARAJA LAWAK minggu ke 7 ni...

1. JOZAN


Gambar Sebenar Mayat Osama bin Laden?

Kalau sebelum ni, gambar yang dihebohkan tu telah terbukti di edit oleh pihak-pihak yang  ada kepentingan sendiri... Tapi gambar kali ni khabarnya di edarkan sendiri oleh pihak US Goverment... Tapi, betul atau tidak, wallahua'lam...



Is this the real Osama?



Mengikut ceritanya, tempat kediaman Osama di rempuh oleh askar Us,mereka menembak mati Osama dan pembantu-pembantunya semua dengan kejam.

Kalau betullah lah ini mayat Osama..sama-sama lah kita sedekahkan AL-fatihah buat saudara sesama islam kita..

Apa pendapat korang, adakah gambar ni superimpose atau real??

Suami Tidak Bertanggungjawab: Isteri Berhak Bubar Perkahwinan


Khairul Anwar Rahmat
 
MENJADI kewajipan bagi seorang lelaki beragama Islam yang bergelar suami untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal, makan dan minum serta apa yang wajib diberikan kepada isteri serta anak-anaknya.

Menurut Peguam Syarie, Datuk Khairul Anwar Rahmat, pemberian nafkah tersebut adalah selaras dengan kemampuan suami serta adat dan budaya sesuatu tempat.

“Contohnya, kalau menjadi amalan makan tiga kali sehari di sesuatu tempat, maka suami haruslah menyediakan makan tiga kali sehari kepada isterinya.

“Kalau di Arab, sajian yang menjadi makanan utama ialah kambing, jadi suami yang mampu haruslah menyediakan kambing,” katanya kepada Mingguan mStar.

Khairul berkata, perundangan menetapkan suami perlu memberikan nafkah kepada anak lelaki sehingga berusia 18 tahun manakala anak perempuan pula menerimanya sehingga dia berkahwin.

Sekiranya suami tidak menunaikan tanggungjawabnya, katanya, isteri boleh memohon membubarkan perkahwinan berdasarkan Seksyen 53 Enakmen Keluarga Undang-undang Selangor.

“Tetapi ramai wanita tidak mengetahui hak mereka apatah lagi bekas suami tidak bayar nafkah,” katanya.

Jelas beliau lagi, isteri mungkin keliru adakah nafkah tersebut ialah nafkah dalam perkahwinan atau nafkah selepas bercerai sedangkan hakikatnya, nafkah itu harus diberikan kepada kedua-dua isteri dan anak-anak. Sementara itu, Khairul memberitahu, suami perlu memberikan nafkah edah kepada isterinya selama tiga bulan selepas perceraian. Selepas itu, anak dapat pula akan mendapat nafkah sehingga mencapai umur dewasa.

“Misalnya, jika seorang anak mendapat nafkah sebanyak RM500 sebulan, tiga anak akan mendapat RM1,500. Ini kerana hubungan anak dan bapa tidak pernah terputus,” katanya. Sekiranya suami tidak setuju dengan jumlah nafkah, katanya, maka dia boleh membawanya ke mahkamah.

Bagaimanakah cara-caranya?
> Failkan tuntutan nafkah di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa. Hendaklah sertakan maklumat suami seperti alamat tempat tinggal dan tempat kerja suami.

> Suami terima satu salinan borang dan perlu isi borang jawapan berkenaan tentang tuntutan isteri.

Seterusnya, suami akan mendapat satu tarikh untuk bertemu dengan pegawai pendaftar di mahkamah. Suami ditanya setuju atau tidak.

Jika setuju, dia mestilah akur dalam tempoh yang ditetapkan. Jika tidak setuju atau tidak mampu, suami perlu mengemukakan alasan wajar/ komitmen / tanggungan lain yang perlu ditanggung dan sertakan apakah jumlahnya dia sanggup bayar. Mahkamah kemudiannya membicarakan kes itu dan membuat keputusan.

Jika suami enggan bayar, maka dia bakal menghadapi tindakan berikut:

(a) Perintah penyitaan dan penjualan
- Mahkamah boleh merampas dan menjual harta alih penghutang penghakiman (suami) itu dan memberikan hasil jualan harta tersebut kepada anak-anak sebagai bayaran nafkah.

(b) Prosiding garnismen
- Mahkamah akan menahan harta alih kepunyaan suami yang berada dalam pemilikan atau kawalan pihak ketiga, atau hutang yang perlu dibayar oleh pihak ketiga tersebut kepada suami, dan hasilnya akan diberikan sebagai bayaran nafkah anak-anak.

(c) Perintah pengkomitan
- Mahkamah akan merampas dan menyerah kepada pemiutang penghakiman (isteri) mana-mana barang yang diperintahkan supaya diserahkan oleh suami kepada isteri sebagai bayaran nafkah anak-anak.

(d) Perintah penahanan pendapatan
- Mahkamah akan menahan pendapatan suami. Ini bagi membolehkan anak-anak mendapat nafkah terus dari pemotongan gaji tersebut.

Natasha Hudson Jelas Hubungan Dengan Zizan Raja Lawak

Natasha Hudson
 
PETALING JAYA: Pelakon jelita, Natasha Hudson, 29, menjelaskan hubungannya dengan pelawak Zizan(Raja Lawak)sekadar kawan biasa, tidak lebih dari itu.
Kata Natasha, dia dan Zizan rapat berikutan menggunakan khidmat pengurus yang sama iaitu Marina Juki.

“Saya dan Zizan hanya kawan biasa sahaja, saya datang ke program Maharaja Lawak minggu lalu kerana ingin memberi sokongan kepada rakan artis.

“Saya juga dijemput oleh pihak Astro untuk datang ke program tersebut. Lagi pula kami mengunakan pengurus yang sama,” katanya ketika di temui di Majlis Pelancaran Drama Bait Cinta, di sini, Selasa.

Natasha diminta mengulas gosip mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak tersebut apabila sering kelihatan di majlis yang sama.

Bagaimanapun, dia mengakui senang berkawan dengan jejaka tersebut kerana sering bertukar-tukar pendapat dan memberi nasihat kepadanya.

“Secara jujur Zizan seorang yang sangat berbakat dan sebagai kawan dia seorang yang sering memberi nasihat.

“Tapi untuk memulakan sebuah hubungan istimewa itu, saya belum bersedia kerana saya ingin fokus kepada kerjaya dan anak saya dahulu,” katanya yang kini mempunyai seorang cahaya mata, Nessa Helena, 3.

Ditanya tentang ciri-ciri lelaki yang menambat hati wanita ini, Natasha memberitahu, dia mencari seorang lelaki yang bertanggung jawab dan sayangkan keluarga.

“Seperti biasa kita mencari seorang lelaki yang bertanggungjawab dan beri perhatian kepada keluarga.

“Pada saya harta dan duit tidak menjanjikan kebahagian dalam sesebuah rumah tangga,” katanya.

Sementara itu, bercerita tentang drama Bait Cinta, Natasha yang memeggang watak Shahnaz mengakui agak berat memainkan karakter tersebut.

“Saya memegang watak isteri ketiga Hazri yang mana sanggup berkongsi suami dengan dua isteri lain.

“Watak ini memerlukan penghayatan yang sangat mendalam yang mana saya sebagai wanita yang mengidap penyakit kanser dan akhirnya meninggal dunia,” katanya.

Drama tersebut bakal ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam bermula 17 Mei ini di TV9.

Ameng Dijatuhi Hukuman Sampai Mati

KLUANG: Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori selepas didapati bersalah mengedar dadah di ibu kota, baru-baru ini.

Ameng yang bakal digantung tidak lama lagi, sempat menyanyikan lagu dipopularkan Jamal Abdillah, Mati Hidup Semula menyebabkan sebahagian banduan serta kakitangan Kompleks Penjara Kluang menitiskan air mata.

Bagaimanapun, itu semua hanya sketsa lakonan Ameng serta beberapa banduan lain sempena program Mesej dari Penjara di Kompleks Penjara Kluang, semalam.

Dalam sketsa itu, Ameng melakonkan watak Hairul, seorang jejaka kampung yang berhijrah ke ibu kota dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidupnya.

Pelbagai dugaan dilalui bersama kenalan rapatnya, Ali, sebelum kedua-duanya terjebak dengan kegiatan mengedar dadah. -HarianMetro

Nostalgia: Petikan Filem 'Perawan Malam' - Tahun 1988

Sarimah Ahmad Berjuang Untuk Hidup Kerana Kanser


KUALA LUMPUR: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.

Menurut Sarimah, dia berjuang untuk hidup selepas diberitahu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.

“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama tiga bulan.

“Saya reda dan percaya dengan ketentuan Allah SWT dan dalam pada itu saya berusaha juga untuk berubat,” katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahunnya, di Restoran Warisan, di sini, Jumaat lalu.

Katanya, dia juga merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kecuali anak bongsunya, Yusarima Puteri.

“Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dengan keadaan tersebut.

“Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.

“Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja,” ujarnya.

Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan.

“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.

“Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya.

Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.

“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini.

“Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya.

Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.

“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.

“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya.

SULTAN YANG PRIHATIN

Sultan Muhammad V

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.
Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.
Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.
Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik...Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah...”

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkansebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

Aimi Jarr Meninggal Dunia, Al-Fatihah



aimi jarr meninggal dunia

Pelakon veteran merangkap bekas wartawan hiburan Aimi Jarr telah meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati di sini pagi Selasa. Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar@Abdul Majid Bin Puteh adalah seorang pelakon dan penulis skrip semenjak tahun 1962.

Beliau pernah memenangi anugerah ‘Penulis Lakon Layar Terbaik (Festival Filem Malaysia Ke-2 ) . Kali terakhir beliau membintangi filem pada tahun 2004, sebagai pelakon jemputan dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Jenazahnya dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada waktu Zohor, hari ini. Marilah kita-kita sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Aimi Jarr dan doakan Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

(Video) Maharaja Lawak minggu 6

Salam berbahagia pembaca-pembaca blogku sekalian..
Dan yang paling penting.. 'SELAMAT HARI IBU' buat ibu-ibu sedunia..
Post kali ni M.A nak kongsikan video dari MAHARAJA LAWAK minggu ke-6..yang menjadi pebret M.A dan juga obviously pilihan orang ramai jugak... Walaupon dh agak basi sbb M.A tau korang mesti dah search kat youtube kan?? hehehe.... Oklah, ape2 pon korang enjoy video2 ni ek.. disusun mengikut ranking kegemaran M.A....

1. JOZAN



2. SEPAH



3. NABIL
 



4. JAMBU



5. MAN, yang telah bangkit dari tidurnye.. hehe.. X sia2 man jadi juara Raja Lawak 5
kan?? 




6. BALAS, x habis2 dengan nasi lemak dia... huhu




7. AMIR, assalll dari Kelantan.. hehe




Hurm.. camne?? Yang mane satu favourite korang?? Same x dengan ranking M.A?? hehe... Ape2 pon, kite patut salute dorang semua sebab bukan mudah nak buat orang gelak tau... Nak2 plak minggu depan tema dia silent comedy... Kalau boleh bercakap pon payah nak buat, ape tah lagi kalau xleh bercakap kan?? ape2 pon kite tunggu minggu depan ek...



Pahala Berjemaah Di Masjid




1. Sebelum berjalan ke masjid, ketika seseorang berwuduk di rumahnya, bukan berwuduk di masjid, dia telah mendapatkan pahala atas wuduknya.

2. Ketika dia memakai pakaian dan wangi-wangian dengan niat kerana akan masuk masjid, maka dia akan mendapat pahala tersendiri. Kerana Allah SWT telah memerintahkan agar seseorang berhias setiap masuk masjid.

3. Ketika seseorang berjalan ke masjid dengan melangkahkan kaki, maka tiap langkah kakinya itu mendapatkan kebaikan tersendiri yang mendatangkan pahala.

4. Ketika masuk masjid, seseorang akan mendapat pahala bila membaca doa masuk masjid.

5. Masih ketika masuk masjid, dia juga akan mendapatkan pahala ketika melangkah dengan kaki kanannya.

6. Setelah masuk masjid, seseorang akan mendapat kesempatan mendapatkan pahala dari solat tahiyatul masjid.

7. Kemudian ketika seseorang duduk di masjid sambil menunggu datangnya waktu solat, dia sudah dikira melakukan iktikaf bila dia meniatkannya. Menurut mazhab As-syafi’iyah, iktikaf boleh dilakukan asalkan dengan niat dan berdiam di masjid, meskipun hanya sesaat saja.

8. Begitu azan berkumandang, dia juga akan mendapatkan kesempatan mendapatkan pahala tersendiri dengan mendengarkan azan dan menjawabnya.

9. Setelah mendengar azan, dia akan mendapatkan kesempatan mendapatkan kebaikan lagi ketika membaca doa selepas azan.

10. Selesai doa azan, dia akan mendapatkan lagi kesempatan mendapat pahala dengan solat sunnah qabliyah.

11. Setelah iqamat,lalu imam mengatur barisan, dia akan mendapatkan pahala lagi bila ikut memperhatikan imam dan mengatur barisannya agar lurus dan rapat.

12. Pada saat solat jemaah dilaksanakan, dia akan mengikuti semua gerakan imam dengan baik. Kalau imam berdiri, maka dia berdiri, kalau imam rukuk, maka dia rukuk, kalau imam sujud maka dia ikut sujud. Semua tindakannya mengikuti imam itusudah mendatangkan pahala tersendiri.

13. Ketika imam sampai pada bacaan “waladhdhaallin”, maka dia menjawab, “amiin.” Jawaban itu mendatangkan pahala tersendiri.

14. Dia juga akan mendapatkan pahala tersendiri ketika mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri, dibandingkan saat solat sendirian di rumah, atau berjemaah di rumah. Kerana salam itu doa untuk orang yang di kanan dan kirinya. Dan kerana di masjid jumlah jemaahnya lebih banyak, maka doa yang akan diterimanya jauh lebih banyak.

15. Selesai solat wajib, dia akan mendapatkan pahala lagi bila membaca beberapa zikir atau doa.

16. Kemudian kesempatan berikutnya lagi adalah ketika dia melakukan solat sunnah ba’diyah solat.

17. Di dalam masjid, dia tentu akan bertemu dengan banyak jemaah solat lainnya. Ketika bertemu dan memberi salam, dia akan mendapatkan pahala tersendiri.

18. Sambil memberi salam, apabila dia juga berjabat tangan, maka dia pun akan mendapatkan pahala tersendiri.

19. Senyumnya kepada sesama saudaranya adalah sedekah. Dan ini akan menambahlagi kesempatannya untuk mendapatkan pahala.

20. Ketika hendak berpisah dengan sesama jemaah di masjid, maka dia akan mendapat pahala bila mengucapkan salam atau membalas salam.

21. Dia juga akan mendapatkan pahala bila diikuti dengan berjabat tangan ketika akan berpisah dengan sesama muslim.

22. Ketika pulang dari masjid, dia membaca doa keluar masjid. Hal itu menambah lagi pahalanya.

23. Di masjid terbuka kesempatan untuk berinfaq, maka bila dia memanfaatkan kesempatan itu, dia akan mendapatkan pahala tersendiri dari berinfaq.

24. Di dalam masjid seringkali digelar khutbah atau majelis ilmu (kultum). Bila dia mendengarkan nasehat dan penyampaian ilmu dengan niat menjalankan perintah Allah SWT dan kerana menuntut ilmu itu wajib hukumnya, maka dia akan mendapatkan kebaikan tersendiri.

25. Ketika keluar, dia melangkah dengan kaki kirinya. Satu lagi tambahan pahala akan didapatnya.

26. Ketika pulang, dia mengambil jalan lain yang tidak sama dengan jalan yang dilalui semasa pergi ke masjid.
Ini adalah sunnah Rasulullah SAW yang tentu mendatangkan pahala tersendiri.

27. Setiap langkah kaki saat pulang dari masjid, maka dia akan mendapatkan pahala lain tersendiri.

27 Keutamaan solat di Masjid. Tentu ini hanya sebagian kecil dari keutamaan solat berjemaah di masjid.

*kredit to Isuhangat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...