DuGaaN HiDuP


Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan pahit buat aku. Banyak peristiwa-peristiwa sedih berlaku. Salah satunya, aku kehilangan ibu mertua aku. Tanggal 19 Oktober 2010 telah memberi satu tamparan hebat buat suamiku yang kehilangan satu-satunya ibu tersayang. Pedih hatiku melihat kesedihan di wajahnya. Hatiku juga cukup pedih menahan rindu dan sesalan di hatiku kerana semasa hayat arwah, aku jarang sekali dapat bersama arwah. Tapi apakan daya, semuanya telah berlalu. Semua ini takdir Allah S.W.T. Dugaan hidupku tak berakhir di sini saja, selepas dua bulan, iaitu pada tanggal 13 Disember, aku dikejutkan lagi dengan kehilangan kereta pertamaku, sang kancil.. :( .... sampai sekarang masih tak tahu kat mana kereta tu berada. Polis pon entah buat keje ke tak. Sakit hati betol.!!!.. Dah merata aku dan suamiku cari, siap upah orang dan pegi jumpa orang pandai untuk tengok2 kan kat mana kete tu di sorok... Tapi sampai sekarang, masih xde kabar berita... Tapi aku x kan berputus angsa.. InsyaAllah, ada rezeki dari Allah, sang kancil akan kembali... AMIN...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...