Nama Muhammad memang sangat popular dan paling banyak di gunakan di dunia. Nama Muhammad telah menjadi buah bibir semenjak zaman nabi Adam As lagi.
Saya mendengar ceramah Maulidurasul yang lalu bahawa secara tidak sengaja Adam As melihat nama ini di dinding-dinding syurga yang selalu disandingkan dengan asma Allah SWT. Nabi Adam menjadi kagum dengan nama ini dan memberanikan diri untuk bertanya disebalik penulisan nama Muhammad?
Allah SWT menjawab : dia adalah kekasihku “Habibullah” , Muhammad adalah salah satu dari keturunanmu yang akan diutus sebagai nabi terakhir, walaupun di utus sebagai nabi terakhir, Muhammad adalah manusia pertama dari para utusanku di Akhirat kelak.
Dalam masalah akidah, Keislaman seseorang tidak akan sah dan tidak di sebut sebagai muslim sebelum nama Muhammad di sebutkan selepas nama Allah SWT , demi melengkapkan penyaksian (syahadat) akan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Para salaf soleh (ulama-lama soleh zaman dahulu) sangat menggalakkan untuk memberikan nama anak-anak kita dengan nama Muhammad atau Ahmad.
Ada juga sebahagian guru agama atau kiyai yang tahu rahsia dari nama ini enggan memberikan hukuman atau memukul murid-muridnya yang kebetulan bernama Muhammad atau Ahmad. Walaupun dia memang bersalah dan sepatutnya di hukum. Hal ini demi adab dan menjaga diri keagungan Nabi Muhammad SAW.
Malangnya kita pula sekarang ni memanggil nama pendek nama Muhammad. Ada yang memanggil nama Mat ada yang memanggil Mamat.
Mat dalam bahasa Arab jika diterjemahkan bermaksud ‘mati’. Ditakuti terkesan dengan panggilan namanya si Muhammad ini yang di dipangil Mat ini akan ‘mati jiwa’nya.
Apabila diimbas kembali, dalam hadis atau kitab suci Quran mahupun kitab agama, Allah memanggil Nabi kita dengan cara Wahai Muhammad dan bukannya Wahai Mat atau Wahai Muh. Dalam Hadis pun Nabi memanggil sahabat dengan panggilan Wahai atau Ya Abu Bakar, Ya Omar dan bukan Ya Bakar atau Ya Mar dan sebagainya.
Jadi seperti dari drama di TV3 dulu jangan memanggil anak dengan nama yang pendek atau gelaran dan hendaklah memanggil dengan nama yang penuh.
0 comments:
Post a Comment