Syahid dunia dan syahid akhirat... Apa perbezaannya???

*Kredit to Blog Sensasi

Dalam Islam,ada beberapa jenis Syahid...iaitu syahid dunia dan syahid akhirat..

Syahid kecil termasuklah:
-mati semasa melahirkan anak (tak kiralah walau anak luar nikah sekalipun,selagi dia beragama islam dia mati bersalin tetap mendapat rahmat dan kasih syg Allah,kerana dia Maha mengetahui manakala siapalah kita untuk judge org)

-mati sakit (didalam perut)
-mati kerana penyakit tumor
-mati lemas
-mati tertimpa bangunan
-mati semasa bekerja/mencari nafkah
-mati kerana penyakit Taun
-Mati dibunuh dengan kejam
-mati pada hari atau malam jumaat

Syahid seperti diatas(syahid dunia) perlulah dikendalikan mandiannya dan disolatkan jenazahnya.
Mereka dikatakan bakal mendapat rahmat tuhan dimana terlepasnya azab kubur..Dan syahid mereka boleh dipertimbangkan Allah supaya menjadi syahid akhirat juga...
ini lah yang dikatakan atas kehendak Allah..dia lebih mengenali hamba-hambanya..
jadi kalau ada yg kata kalau dia jahat ,xpernah solat,kejam and etc2... selagi dia beragama Islam (memegang 6 rukun iman) dia adalah golongan yang amat bertuah kerana mendapat rahmatnya..

Golongan Syahid Akhirat adalah golongan yang tidak akan melalui timbangan atau titian siratul mustakim,dimana mereka terus direct masuk syurga..
mayat mereka juga tidak perlu dimandikan kerana sudah dimandikan oileh para malaikat.

-mati berperang kerana agama
-mati berperang mempertahankan negara
-mati berperang kerana mempertahankan maruahnya( cthnya perempuan yg dirogol)
-mati dibunuh kerana menyelamatkan hartanya (cthnya mati kene ragut sampai mati atau kerana rompakan)
-mati semasa melakukan ibadah...tgh bersolat tetiba kene tembak..haa

adapun begitu halnya...janganla ada yg salah faham..Syahid ini hanya terjadi pada org Islam sahaja..non muslim tak akan Syahid..dlm Islam,hanya manusia yang beragama islam sahaja yg masuk syurga (no offence to non muslim readers,this is fact by quran for muslim)...


Sebaik2 bapa saudara Nabi Muhammad (Abu Thalib) ,dia masuk neraka kerana sehingga keakhirnya dia tidak memeluk Islam,bagaimanapun seksaannya adalah seringan ringan seksaan dimana otaknya panas mendidih sehingga menggelegak,dan api neraka tidak menyambarnya kerana nabi muhammad melumurkan air liur baginda yang haram dijilat api neraka ke seluruh tubuh Abu Thalib...Wallahualam (nie dlm hadith)

Dan untuk mendapat Syahid seperti yang tertulis di atas,seorang muslim itu mestilah tidak murtad,tidak syirik..

huhu..now sensasi berceramah agama pulak yer..memandangkan sensasi nie agak berilmu dlm bab2 ini,marilah kita berkongsi ilmu nie bersama..

Murtad
-ada 3 cara seseorang itu boleh murtad,samada sedar atau tidak sedar..sebab itulah kita harus sentiasa beristifar(memohon keampunan Allah,dan mengucap)

pertama melalui perbuatan-pemakaian simbol..cthnya pakai salib (ini dgn automatiknya murtad!)
so bila memilih baju jersey bola atau apa2 baju,make sure lambang salib takde...if ada cuba buangkan logo tue..kalau yang sengaja pakai lagilah teruk..mmg sengaja nak memurtadkan diri..dlm Islam hukum bg org yang murtad adalah dibunuh.lagi perbuatan,menyembah berhala,membuat lambang salib mcm org kristian buat,atau berkahwin dgn org bukan islam yg tidak memeluk islam.

kedua melalui hati iaitu dalam hati nie mmg tak percaya dgn agama,hati mula percaya pada perkara2 yang memurtadkan cthnya percaya jesus tue anak tuhan,wpun dlm hati tue dah murtad,so segeralah beristifar dan mengucap byk2..atau tak percaya dgn rukun Iman..(rukun iman,percaya kepada Allah,Malaikat,Kitab,Rasul,Hari kiamat,Qada dan Qadar)...siapa yg mempersoalkan ttg ajal seseorang tu dah dikira mempersoalkan Qadak dan Qadar tuhan...tue dah bahaya tue..sama jugak dgn jodoh..

ketiga melalui lisan -bercakap perkara2 seperti,aku bukan islam..atau aku percaya jesus itu anak tuhan,atau menyanyi lirik2 lagu yg memurtadkan..haa nyanyi lagi black metal ke apa ke..nyanyi lagu church ke..atau sembahyang hindu ke..ttanpa disedari sebab asyik masyuk ikut lirik,anda dah ter-murtad dah..bg yg tak tahu tue wallahualam la..mungkin Allah lebih mengetahui...bg yang tahu cepat2 la beristifar dan mengucap..

lagi kes syirik....
Tahukah korang apa maksud syirik?
syirik bermaksud menyekutukan Allah (menduakan atau mentigakan dan sebagainya)
mcm mana syirik nie boleh berlaku...kita dikatakan menduakan Allah apabila meminta pertolongan dari benda lain selain Allah..cthnye menggunakan khidmat bomoh yang menggunakan jin atau setan utk meminta pertolongan..nie dah syirik...syirik nie adalah dosa yang tidak terampunkan melainkan taubat nasuha..
Syirik nie pakai tangkal=syirik,pakai susuk= syirik,mintak tlg setan dan jin =syirik,
kiranya kalau sakit ke apa ke..mintaklah doa dan percaya dgn kuasa tuhan..jgn la mensyirikkan diri sendiri..tak baek tue...

surat berantai adalah syirik!!!!!!

Sensasi benci dan tak faham kenapa org masih percayakan surat berantai..?
surat tue ckp,la kalau x forward kat 20 org nescaya anda ditimpa musibah??
siapa dia untuk menentukan rezeki dan musibah,dia bukan tuhan..mempercayai kuasa lain selain kuasa Allah dan Qada dan Qadar tuhan..nie tahyul.kepercayaan karut/tahyul boleh membawa kepada syirik..kenapa nak percaya dgn benda nie..yang hanya ada kuasa keatas kita adalah Allah semata2..bukan surat berantai yg bodoh tue..

walapupun kandungannya baik,dan bagus untuk diforward,tp sekiranya dlm tue ada tulis benda mcm tue dah kira berdosa jugak...memnyesatkan org je..bg yang cetek ilmunya percaya dgn benda2 mcm nie kan dan tak pasal2 je terpesong ...

P/s:kita sesama manusia tidak layak untuk menentukan samada seseorang itu ahli syurga atau neraka kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui isi hati hambanya..dan hanya DIA yang berhak memilih siapa yang disukainya ...

sedikit keratan untuk dikongsikan tp nie x lengkap..

1 comments:

Anonymous said...

ade kah.. cinta pun dikatakan syahid kecil...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...